Saturday, 29 October 2011

BOSAN

Feeling bored again. Feeling loser again. Do I care that much? In fact, I do. Why should I care that much? I just don't know. People may think I just care less, but, they don't know me. Yeap, they don't know me. All those smiles, they are just fake. Oh, yeah, I am a faker. You think you know me but you don't even have a clue. I am chameleon. I cry alone. Still think you know me? Bet you now feel you knew me a little. I laugh a lot. You think? Just to cover holes inside my heart. Did I put it in plural? Yes, I did. That one guy told me that I chose what I am today, he might be right, but did he know why I chose what I chose? No, he did not. You think I am an asshole when I said it out loud, but as much as asshole I said straight to your face, it bruises me all the time. Why should I care about people that much when it silently kills me? I hate these tears, running down my cheeks. I hate my life. I hate myself. I hate everything. I know it's unfair to say it to Allah, but please, for once, let me be like this for awhile. Have to let it out. I ain't tough. I am not who I am right now. Why am I still crying? I just need it big time, Sarah. When was the last time you have your breakdown? Almost everyday. I know that. Just give yourself big time out. I know you are exhausted to please everyone when most of them returning shit on you. But that how life is. We move on. Big girls don't cry. Don't get freak right now. Yeah, still. If I have a shoulder to lean on, to cry on, to yell on. I just stuck in here. I hate this. This sucks. So frustrating!!!!! If only I can runaway. Please, please, please take me away. Please. Great. No one is taking me away. No one. Hmmm...let it kills me inside. Now, put on that fake smile back to your face. Taking your role and ACTION!

Tuesday, 18 October 2011

Tempat jatuh lagi dikenang....

AsSalam and Happy Tuesday,

Happykah???Hehehehe..Hope so.*wink*

Last Saturday and Sunday, Kolej Poly-Tech MARA telah melangsungkan Majlis Konvokesyen yg ke 28. Menyaksikan seramai 4,052 orang pelajar graduate. Memang meriah. Majlis diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Saya selaku AJK perarakan, memang agak sibuklah pada hari tu. Penat. Memang sangat penat. Tapi berbaloi melihat students grad. Sebak pun ada. Patutnya, budak-budak yang malas-malas nak belajar letakkan kat one side kat hall tu, tengok susah payah ibu bapa datang nak meraikan anak-anak mereka yang graduate. Itu tak kira lagi, datuk dan nenek yang payah mendaki tangga di dalam hall tu. Sayu. Memang sayu. Tengah duk konvo, ada seorang hadirin minta saya memanggil adik beliau yang baru menerima hadiah pelajar cemerlang, untuk dibawa pulang ke Melaka kerana ayahnya yang sedang nazak. Keluar dari hall, tatkala abang memberitahu kepada adiknya bahawa ayah sedang nazak, adik ini meraung. Bergenang airmata saya sebabnya, beliau meraung mengatakan "Adik dah kata..Adik tak nak datang konvo". Masih terngiang-ngiang raungan beliau menuruni escalator. Ni yang malas-malas nih, ada dia pikir kat parents dorang? Kalu pikir, takkan malas belajar punye.

Dalam keindahan berkonvo tu, hati saya terdetik kecewa kerana seramai 236 BEKAS pelajar-pelajar usahasama UiTM sepatutnya merupakan antara graduates yang paling ramai berkonvo, tapi yang datang tak sampai 50 orang. Hancur luluh hati ini. Memang dorang akan berkonvo lagi bersama dengan UiTM, tapi tak terdetikkah di hati mereka yang kami ni, pendidik nak juga merasa kejayaan mereka. Kejayaan mereka, kejayaan kami juga. Segala penat lelah mendidik mereka, rasa macam tak dihargai. Memang ramai yang sedang sambung di cawangan-cawangan yang agak jauh. Tapi, kenapa perasaan TERIMA KASIH tu dalam diri 236 orang pelajar tu takde. Antara alasan yang glamour adalah mahal. Ya, memang agak mahal compare to UiTM but harga tu masih terlalu MURAH kalau dicomparekan dengan payah jerih kami ni semua mendidik mereka dari ZERO ke HERO. Dekan fakulti siap text saya ketika konvo sedang berlangsung, bertanyakan, mana pergi 236 orang students ni. Saya masih lagi COVER untuk mereka dengan memberikan alasan bahawa pelajar-pelajar ini sedang belajar di kampus cawangan yang jauh. Agak susah bagi mereka untuk menghadirkan diri. Tapi, ADA PELAJAR-PELAJAR INI KESAH? Itulah harga yang kami, pendidik di KPTM, terpaksa terima daripada pelajar-pelajar ini. Semoga pelajar-pelajar ini mendapat keberkatan daripada ilmu yang telah kami berikan walaupun kami rasa diri ini tidak dihargai. TAHNIAH kepada yang sudi datang menghadirkan diri berkonvo bersama kami di KPTM. TERIMA KASIH membuatkan kami tersenyum bangga bersama anda.

Yang paling best sekali time berkonvo adalah mengira jumlah habuan pelajar-pelajar yang cemerlang ni. Banyak tu. Ada yang dapat RM3,000. Yelah, kalau sekali naik dapat RM1,000. Ada juga habuan yang RM2,000. Untung betul budak-budak ni. Dah r tiap bulan dapat RM630. Loan converted to scholarship. Habis belajar dapat lagi ganjaran. Apa lagi dorang nak. Datang kelas, duduk dan belajar. Itulah antara kelebihan belajar di IPTS. Rezeki. Hehehe...Amal, Anas, Isz, Zainol, bila nak belanja I?Hehehehe...Tahniah ye.

Pelajar-Pelajar yang KAYA-RAYA

Tapi yang paling bermakna, apabila ada pelajar menitipkan kata-kata, "Miss, miss ajar paling best. Saya paling suka cara miss mengajar". Hehehe...I LIKE. Alhamdulillah.

Okaylah ye...caucincau.


Bye, y'all

Sunday, 9 October 2011

WESTLIFE! WESTLIFE! WESTLIFE! WESTLIFE! WESTLIFE!

Morning all...

What a Monday...Hehehe...

Anyway, last Friday, my sister and I, we went to Westlife Gravity Tour Concert.
Yeah, we were there....Hehehe
OMG!!!!!Memang terasalah MUDA kembali. Keskeskes. Seyes...so in LOVE dengan Shane. Suara tak boleh blah...Memang sebijik album. Rupanya dah 14 tahun dah diorang nyanyi. Yelah, saya pun dah kerja. Hehehe...Waktu on the way nak pergi, Gemok macam tak berapa nak excited sangat coz bak kata dia, " Westlife, je" but bila police traffic yang escort Westlife menghalau kami ke tepi ketika di susur nak masuk ke Bukit Jalil, we were like "Aaaaaaaaaaaa~~~~~~~~! Westlife!!!!!!!!!!!!!". Hahaha...terus histerical. Kitorang sampai agak awal. So, we took sweet time berjalan ke Stadium. Bila dah sampai kat Stadium, so, beraturlah. Tengah-tengah beratur tu, tetiba person in charge, suruh some of us pergi another entrance sebab kat sana kosong. Apa lagi, berlari-larilah kami ni hah. Putus nafas dibuatnye. Laju jugak kitorang lari. Sebab antara orang yang awal sampai dan teruslah kami masuk.

Sementara tunggu concert start, kitorang tengoklah ragam manusia. Ingatkan tak ramai, rupanya penuh jugaklah stadium tuh. Masih bertahan Westlife ni rupanya. Concert began at 9. Bila lampu padam je, masing-masing "Aaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~!!!!!!!!!!!!" Histerical again. Hahaha....Saya terus jatuh hati dengan Shane. Seperti mana saya jatuh hati dengan suara Awie. Bukan Awi Rafael ye. Awie Tragedi Oktober. Ngee~. Seyes...suara dia sangat-sangat-sangat-sangat-sangat sedap. It was so fun. Diorang memang best. Bila menari, tak tahan. My sis and I akan berpandangan and said, "Boyband"...hehehehe...But memang rasa seperti saya berada di zaman sekolah. Lupa pulak, saya eighteen. Ahahaha.

Lepas tu, during concert , Nicky kata ade lucky fan yang dapat naik ke atas pentas. When this lucky fan naik atas pentas, dia bawa sekali dengan girlfriend dia. Bila girlfriend dia start peluk Westlife's members, kitorang semua "Aaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~!!!!!!!!!!!!" Histerical again. Hahaha, bayangkan 4 orang atas tu, tak 4 kali kitorang cenggitu. Hehehe. Tengah this guy expressed how excited he was to be there with his girlfriend on the stage, tetiba this guy knelt and proposed to his girl. OMG!!!!! And she said, of course, YES! Westlife and kitorang pun nyanyi lagu My Love untuk diorang. So sweeeee~~~~t.

So, listening back to Westlife again. Hope to see them soon. I HEART WESTLIFE.

Ciao.


Thursday, 22 September 2011

My Life Recently...RAYA MOOD

Heelllllloooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wah...Finally, dapat juga saya nak menaip. I know, it's been awhile...so~ while. Hahaha...Actually, ada banyak benda nak taip. Due to hectic schedule, menyebabkan saya jadi malas nak menaip. So, banyaklah benda-benda yang terkumpul di benak fikiran saya ini. Cuma tak tertaip.

Lets start with RAYA...Hwaaaa~~~~~~~~~~!Raya dah nak habis. So, seperti biasa, 1st day raya, aktiviti yang ditunggu adalah sesi bermaafaan. Percay atau tidak, untuk pertama kali, sepanjang saya yang saya ingat, AYAH TIDAK MENANGIS. Hahaha....Mungkin berkait rapat dengan kebahagiaan yang semakin menyerlah. Peace Mama.

Pagi raya memang Cik Ah and Cik Jam akan lepak di rumah kami.
Part salam-salam ni memang best. Dulu, dapat duit raya dari Cik Ah, Cik Jam and Cik Bah. Sekarang kena bagi duit raya kat diorang pulak.That is the beauty how well our parents taught us to be. Kaya Pakcik and Makcik-Makcik saya. Hehehe. Tapi yang paling untung Adeeblah. Huhu...Semua bagi dekat dia. Jeles Mak, Nyah. Ehehehe.
Adeeb tengah nak minta duit raya.

And then, after bersalaman and bermaafan, kami bergerak ke Tanah Perkuburan Kg. Baru dekat Jalan Ampang, ziarah Datuk saya dan neighbour-neighbour dia yang merangkumi P.Ramlee and Saloma. Uhuks..Sorry Yayi. Baru pergi beraya. So, first house was rumah Nyai Nah and Yayi Din dekat Kg. Baru juga. Lepas tu, baru gerak pergi rumah Nyai Pah dekat Cheras. Nyai masak nasi minyak. Perghh...tak hengat hah makan. Ahax.
Kami di rumah Nyai Pah. Kak Non and Ayep takde. Huhu
The following day, kitorang pergi Port Dickson. Tengah jalan, ambil Alea and Alyf dekat Seremban. 
On The Way ke PD
Tidur CocoBay Resort. Pantai dia memang cantik. Bersih compared to Teluk Kemang, cuma agak jauh nak ke pantai. On the way jalan ke pantai, Alea tetiba sakit perut. Nak POO POO. Kelakar giller. Apa lagi, masuk dalam air, cari port la. Alyf duk gelak.

Dalam proses
Besoknya, baru ke rumah Nyai Ling. Waktu dekat rumah Nyai Ling, tak lama coz Nyai tak berapa sihat.

But yang paling best sepanjang raya ni, sempat saya berjalan ke Bangkok bersama Gemok dan Cik Ah. Flight delay lama giller. We were supposed to depart pukul 645 petang, tapi pukul 920 malam, baru dapat naik flight. Itu pun, duduk dalam flight tu, sejam. Sampaikan ada sorang mat salleh ni bising. But, sampai juga kami tengah malam. Kesian Uncle Suchat and Auntie Poon tunggu kitorang. Kitorang tidur rumah Nyai Tijah. Sebab rumah dia takde orang duduk. Lantai rumah dia, mak aih, berkilat. Memang kagum giller. Mama cerita, setiap kali orang datang rumah dia, dia akan pegang kain lap. Setiap kali orang jalan, setiap kali tulah dia akan lap. Huhu. Dahsyat.
Nampak tak shadow?
Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika naik TukTuk. Ya, Ampun. Minta Nyawa. Cik Ah duk gelakkan. Saya ni badan je besar, penakut ya Rabbi. Huhu.
Muka Lepas Naik TukTuk
Dalam Cik Ah yang memang every year pergi Bangkok, kitorang kena tipu juga dengan driver kat sana. But, after all, orang diorang memang sangat membantu. And if they helped, they would feel so glad that they helped. Waktu pergi, ingatkan nak beli Thai silk tapi, mahalnya. Semeter Baht400, lebih kurang RM40. Tidak lah saya membelinya. Tapi cotton dia sangat murah. Apa lagi, Gemok habis memborong. "Kak, kalau aku beli sepuluh, boleh?" Hahaha....Tapi, she managed to settle with six. Dekat pasar TjatTjutTjak, lagi heaven. Baju-baju murah. Murah giller tahap gaban. Kalau duduk dari pagi sampai petang, memang merayu dekat Dato Y, nak gaji advance boleh? Hahaha. Kitorang kat sana, cuma dua jam je sebab nak ke rumah Uncle Nadim. Lunch invitation. So warm hospitality from Uncle Nadim and family. Adara (wish i spell it right) comel.

Dengan Nyai and Auntie Pe'Au. 

Yayi Ali. Hope you will get well soon.

Uncle Suchat yang sangat baik. Waiting for you to come over soon.

Dekat Royal Palace
Percaya atau tidak, Nyai dah berusia 80 tahun tapi still kuat. Uncle Suchat dah 56, Auntie Pe'Au dah 50. But they totally look like 40s. Seyes. Muda giller. Bila balik, Uncle Pek yang kerja dengan Kastam di airport gave us VIP treatment. Tak payah beratur. Don't need to go all the hassle. Thanks a lot Uncle Pek.

Looking forward to go again. Wish soon. But yang penting, next year, February, Hong Kong mari. September, Phuket mari. Yeay!!!!!!

Cepatlah tahun depan............

<^O^>

Peace y'all










Monday, 18 July 2011

Hari BERSUKARIA_RANTAIAN KASIH

 Salam and happy day!

Mood saya sungguh baik minggu ini. Tidak memerlukan alarm untuk bangun pagi. Hebatkan? Hehehehe...Punyalah excited nak pergi kerja. Keskeskes...Mentang-mentanglah UiTM tengah semester break. I LIKE sungguh.

So, pada Sabtu yang lepas, kami sedepartment telah melangsungkan HARI RANTAIAN KASIH dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara kami, bukan saja staff, malah dengan family. Apa benefit yang KPTM dapat? Dengan hubungan yang erat terjalin, dapatlah kami bekerja dengan lebih sempurna, menyumbang ke arah lebih ramai students yang grad on time. Boleh tak orang bawah tak kasi bas semata-mata dia kata TAKDE BENEFIT YANG KPTM AKAN DAPAT dari aktiviti yang kami jalankan. Tak faham sungguh. Kalau ada staff yang kahwin, laju je notis bas naik. Aduyai. Tapi, walaupun tiada bas, kami berjaya sampai juga di LEMBAH AZWEN.

Bermula seawal pukul 8 pagi, kami sudah mula berkumpul. Lembah Azwen ni, dekat Ulu Langat. On the way ke Sg. Congkak. Akan jumpa Lembah Azwen dulu. It was beautiful. Makanan pun sedap. Hehehe.

Bacaan Doa 
Yang paling seronok, semua sangat sporting. Semangat kesukanan yang sangat-sangat jitu. Itu pun tak semua staf yang pergi. Selepas breakfast, kami mulakan strecthing. Apa lagi, POCO-POCO and CHICKEN DANCE arr..
Poco-Poco yang pakai lebur..hehehe..
Lepas itu baru we all start dengan permainan anak-anak dulu, sementara menanti instructor untuk bersiap-sedia. Instructors pun sangat sporting.

Game untuk kids, we named it as JEJAK KASIHAN where the kids will look for the mommy with blindfolded based on the voice of their mommies. Yang menang adalah anak Kak Liza, Iman. Bulu mata tak tahan. Hehehe...Sungguh mengingatkan saya dengan Syafiq.
Iman
Then, game kami bermula. So, we start with ISI AIR DALAM BOTOL DENGAN SUDU TUPPERWARE. Lupa nak bagitahu, grouping was based on colours. MERAH, BIRU, HIJAU and KUNING. Saya rumah MERAH. Dari sekolah rendah, rumah merah. ngee~!1st game ni kami MENANG. Menang bergaya.
Aqilah sabotaj group dengan
cubaan mengambil sudu
2nd game adalah tiup belon, tiup tepung and ambil sweet pakai mulut. Ya Allah. Tepung selambak kut. Puas saya tiup, tak nak juga kurang. Aduyai. Sampai Kak Lini terpaksa gaulkan tepung sebab semua orang dah balik ke tempat masing-masing. Nasib baik tak semput. Kitorang MENANG jugak tapi ada bantahan sebab KAK LONG merangkap cikgu rumah BIRU nampak kami pakai tangan. Kena potong 2 MARKAH. Ahahahahaha.
Habis masuk tepung dalam mulut...
huhuhu
Then, kami main TEROMPAH GERGASI. Punyalah rumah MERAH tak terer, sampai instructor kata "Ni nak ngaku kalah terus ke nak lawan jugak?" Amboi mulut...punyalah takde insurance. Keskeskes..Tapi, agak arr...Memang tak terer langsung. Yang menang adalah BIRU. 
Kak Long memberi strategi untuk BIRU
Lepas tu, kami main MIXnMATCH. Permainan yang kununnya MENCABAR MINDA. Game yang ni tak berapa nak best sangat. Tapi, layan je. Kiranya yang paling PANDAI adalah ahli group KUNING.
Ahli KUNING yang BIJAK
Lepas penat perah otak, kami main MUSICAL CHAIR pulak. Arfa, anak Barizah terer juga main sampai MAJDIE kata, "dah tak boleh bagi peluang dah kat Arfa". Hehehe...Tapi yang paling ganas adalah anak Kak Long yang paling kecik. Can't remember her name. SORRY.
Kak Aiza and Anis yang kecundang
di tengah lagu
Last game yang we all main adalah TARIK TALI. Rumah mana yang menang? MERAH!!!!!!Thanks to Fakhrul for being a great ANCHOR. Tak lupa juga pada En. BAHA yang sampai BUKA KASUT. Paling hebat, KAK SITI MAHANI arr..hehehe..
Bukti En Baha buka kasut baru beli

WAJAH-WAJAH RIANG

Handsome Boy, ALI

Aqilah dengan TEPUNG
Adam yang SANGAT suka
bergambar

Roti Canai ada, Roti Sardin ada, Roti Pisand ada. SEMUA ADA.

Nu Yen

PROJECT MANAGER : CUNA

Ila yang RIANG


Overall, we really overjoyed ourselves. Rumah mana yang MENANG KESELURUHAN? MERAH!!!!!!
Thanks to CUNA for organizing such a WONDERFUL day and all ACCOUNTING DEPARTMENT with our DEAN, KAK SITI MAHANI, who were being so much supportive, cooperative and cheerful. Well, we are beyond figures. Looking forward to have NEXT department outing.

ONE BIG HAPPY FAMILY
Till then.
Bye y'all.







Thursday, 14 July 2011

Lamanya....V*V

Salam and evening all,

Lama sungguh saya tidak menulis luahan hati dan perasaan saya. Pelbagai perkara yang berlaku sehingga saya rasa tak tahu nak tulis apa. Well, first thing foremost, students saya yang cemerlang, gemilang dan terbilang telah selamat berada di London, untuk menyambungkan pelajaran. HuHu...Nak ikut..I sent off them on July, 3. Macam drama. Tapi, seberat mana pun kaki nak melangkah, tapi pergi juga. Siapa yang tak nakkan, pemergian dibayar sepenuhnya. Sekejap je pun berat hati tuh. Tengok sekarang dekat facebook masing-masing, amboi, jalan sakan. Hehehe..as their classes will only begin on July, 18.

Sebelum saya terlupa. Hari ini merupakan anniversary saya bekerja ke-3. Sekejap je dah 3 tahun. Saya masih di sini dan akan terus berada di sini. Sayang semua students walaupun ada segelintir yang mampu merobek hati saya. I enjoy teaching. Karenah students ni macam-macam. Tapi, dengan karenah merekalah yang menghiburkan hati saya. Alhamdulillah, rezeki saya masih di sini.

Oh ye. Saya sangat tidak suka dengan orang yang suka mengambil kesempatan. Memanglah kita baik dengan semua orang tapi mestilah ada limit. Jangan asyik kita je yang kena buat untuk diorang. Kita pun ada life. Ya, memang saya masih single. Tiada komitmen. Boleh kalau nak pergi sana sini. Tapi kena ingatlah. Saya pun ada hidup saya juga. Saya pun bekerja juga. Jangan ingat awak dah bersuami, dah ada anak, dah senang, orang lain kena ikut cakap awak. Apa lebihnya awak? Hanya sebab awak ada suami dan anak-anak? Atau semua orang memang suka sangat kat awak? Pleaselah...tak semua suka okay. Menyampahlah saya dengan orang macam ni. Dahlah suka berkira. Mana tak kaya. Kita je memberi. Bukan untuk minta balasan. But somehow, token of appreciation should be enough. Macam students. Nakal macam mana pun, kalau sebelum exam datang jumpa minta maaf dengan ikhlas, sedaya mungkin hati seorang cikgu ini akan terusik. InsyaAllah berkatlah juga apa yang dia belajar.

Okaylah, saya dah nak balik dah ni.

Till then,

Bye y'all

Saturday, 2 July 2011

Tayangan Hebat!!!!!!

Salam and HAPPY all,

Saturday sudah....WHAT??? Esok SUNDAY???!!!!Buat terkejut pulak...Saja nak terkejut. Apa pun tak boleh. <^*^>

Hari ini saya nak menulis review movies yang saya tengok semalam. Sudah lama tak marathon. Semalam cuti. Mama and Ayah balik kampung hantar Pak Lang baru balik umrah. So, dikesempatan itu, kami bertiga beradik telah membuat marathon movies. Keluar after solat Jumaat. Ingatkan jalan tak jammed, rupanya ada perhimpunan aman di Jalan Tun Razak, susur masuk nak ke Time Square. Rasanya nak bergerak ke town. So, it was a bit of traffic. Bukan a bit. Memang jammed kut. Kitorang dah budget dah ambil tiket, 1st show Transformers at 330. Ngam-ngam je sampai. Pastu, pukul 6, kitorang tengok Sekali Lagi. Keskeskes..Kena marah dengan Gemok coz beli tiket tak tengok duration. So, kami agak terkejar-kejar, tapi, still sempat. Wee~~~!!!!

So, first review; Transformers. Well, frankly speaking, I prefer part 2. Because it was cute. Part 3 ni, best jugak (What do you expect? Transformers kut...Mana boleh tak best). Cumanya di awal cerita, ia agak meleret nak sampai ke tengah cerita. By the way, kalau takde hot chick pun takpe because sebabkan dialah, dunia ni tak aman. Errkkk...Michael Bay patut tengok KL Gangster. Takde lovey dovey scene pun still success. Thumbs up, bro.

Still typical Transformers movie but this time, full credit given because bila autobots transformed, scene dia dah smooth. Meaning that, dia transformed dari awal sampai habis. Kalau dulu, bila dia nak tukar, tetiba dah siapkan? Not this time. Smart. Tabik spring. Lepas tu, yang best lagi, this time fight scenes, nampak lebih real. Jalan cerita takdelah nampak tak logik sangat. Overall, worth to watch though I prefer the 2nd one. Autobots yang this time tak cute, but sleek. Overall, 7/10. The other 3 tossed to that HOT chick. She's not worth it.

So, next movie adalah cerita Sekali Lagi. Nak juga bagi credit kat filem-filem tempatan. Sudah banyak kemajuan. Sebabnya, boleh dikatakan, every month saya akan tengok local movies. Walaupun ada cerita yang tak payah masuk wayang, tapi nak jugak masuk wayang, masih ada, saya nampak, local movies are positively evolving. Cerita apapun, kalau ada Mia Sara, memang cute. But, cerita ni worth thumbs up because jalan cerita yang lancar dan tak meleret. Jumping flashback pun bersesuaian dengan timing. Lisa semakin pandai berlakon. Pelat pun dah semakin hilang. I LIKE. Sam. Memang tak dapat dinafikan memang sangat pandai berlakon. I LOVE. Cumanya, agak terganggu dengan karakter Kartina Aziz selaku Mama Arman (Sam) coz asyik nak peluk je and meraba Arman. Nak tunjukkan kasih sayang.....WAKAKAKAKAKA....Tak sesuai sangat. But overall, cerita ini best. Budak sebelah saya dari awal sampai habis kut, nangis. Saya pun bergenang juga. Kena control. Kalau tak, mesti kena gelak dengan Gemok and Adeeb. Saya bagi 8/10. 2 hilang sebab Kartina Aziz. Tak yah jadi girlfriend, jadi mak lagi best coz dapat pelok lebih banyak. Whatttttt?????

Sebelum terlupa. Sekarang ni, saya dah tambah lagi satu bunny. Peneman Gemok. This time, Jantan. Nama dia TOP. Gemok namakan dia after TOP, Big Bang. Sebab, Top breed LionHead. Ada bulu pacak kat kepala dia. Sangat playful. Orang lain duk sibuk anak, kami duk sibuk arnab. Wachaa! Aduyai....

Okaylah. Jangan lupa tengok tau Sekali Lagi and Transformers. Pergi, jangan tak pergi. Pergi, jangan tak pergi.

Bye, y'all