Friday 16 December 2011

Lalalalala....

Setelah sekian lama, akhirnya esok saya boleh lalalalalalala. Kalau esok KL tenggelam sebab hujan yang lebat, I don't care. Hehehehe.....^~

Bukan Cinta Biasa sudah pasti akan dibiasakan esok. Sebabnya Isabella akan Wish You Were Here. Lagipun saya memang Sampai Hati apabila orang kata Kaulah Segalanya. Mana taknya, sebab dia Tercipta Untukku. Hehehehe...Kan dah janji memang akan With You. Cintakan mana ada Price Tag. Cuba bayangkan kalau ada, hmm...memang takde orang nak Cari Jodoh.

Tapi yang penting, bila Kau Kunci Cintaku, berikan Janji Manismu, sudah tentu saya akan Marry You. Tak gitu? Harapnya nanti biarlah 2 Become 1. Opppssss....Hahahaha.

Nampak gayanya, memang confirm banjir.

Peace y'all

Tuesday 13 December 2011

Cherating...HUJAN!!!!!!!!!

Hello~~~~~~

You know what? I am officially 28 yesterday. What an age. Still much much yet to be achieved. Hehehe..One step at a time. Hehehe...Anyways, last Saturday, my sister and I pergilah Cherating. Bertolak dalam kul 9, singgah r sekejap kat Kuantan. Saja. Hehehe...All the way tu, memang terang benderang. Dari Kuantan nak ke Cherating, Ya Allah, hujan lebat giller. Pasu signboard pulak macam chipsmore, kejap ade, kajap takde. Huhu. But managed to arrive jugak..Hehehe...Lupa pulak nak bagitahu. Kitorang ke sana coz Gemok ade Interaction Day dekat Legend. Hotel dia ok kut tapi makantak tasteful sangat. Sedap lagi saya masak..Ahax.


Tengok angin, kuatkan?

Ombak Rindu...Nak AARON!!!Ceh..ceh

Habis posing dah Gemok..hehehe

Kalau ombak tak kuat, leh mandi laut...huhuhu


Kanak-kanak riang

Tengok budak-budak ni...Tak takut langsung...


Nurul Izzah version Gemok

Pool Hotel

Anak Kak Asmah. Adik yang malu-malu.

Anak Kak Asmah. Abang yang sangat menyukai saya. Hehehe

Saya agak konfius dengan Ashraf. Mula-mula ingat girl. Rupanya...hehehe..3 ketul hotdog tu makan.

Kakak itik dan adik-adiknya

Staff  PEG

Asal hala camera, dia senyum. Tapi tak tau anak  siapa..hehehe..peneman saya

Untuk 15 mins, yang kecik RM40, yang besar RM50. Ada berani?

Cuba tengok buat apa...Comel tak???hehehe

Emcee yang berjaya

Siap ada clown lagi...

Bukan sorang, tapi 2 orang gitu...hehehe
Begitulah gamaknya, kami menghabiskan hujung minggu kami. Looking forward to have another vacation to east coast soon. Credit to staff Legend yang ramah and helpful. Condition wise, okay r..Holiday Villa is better.

Ciao.

Thursday 1 December 2011

Apa Ada Pada Zoo?

Hellloooooo~~~~~~~~~~~!!!!!!!!!!!!

Cuti sekolah sudah bermula. Heaven sungguh jalan-jalan di MRR2. Tapi yang tak bestnya sesi UiTM sudah bermula. Huhu...tak boleh bersenang-lenang sangat.

Seperti yang dijanjikan kepada adik-adik menumpang kasih saya Alea, Alyf, Shafiq and Kak Long, Gemok dan saya membawa mereka ke Zoo Negara yang terletak di tepi MRR2, after Taman Melewati, pada Sabtu yang lepas bersamaan 26 November 2011. Amboi. Punyalah panjang lebar. Hehehe...Asalnya, kami plan nak bawa dorang ni masuk Petrosains je, pastu tengok wayang. Tapi, my sis kata, nanti kejap plak berjalan-jalan. Lagipun, kalau bawa ke KLCC, selalunya time-time cuti sekolah ni, mak aih, ramai bebenor. Kang hilang anak orang, lain pulak ceritanya.

So, on Friday, tengah hari tuh, Kak Zaida check in Shafiq and Kak Long. Because mama and ayah balik kampung, so, saya bawa mereka ke ofis. Balik dari ofis, saya pergi pulak ambil Alea and Alyf kat rumah babysitter. Alyf memula boleh tak, tak nak ikut. Puas pujuk, tapi dia tak nak jugak. Habisnya bila dah turun kat bawah (naik tingkat 4 tuh), tetiba baysitter panggil, Alyf nak ikut pulak. Memang drama. Huhu...Bila balik pulak, singgah ambil Gemok kat terminal putra. Gemok lambat sikit sampai, so kitorang pergi beli aiskrim kat McD. Dalam kereta, dengan 4 orang kanak-kanak ceria sesangat, rasanya, kereta sebelah pun boleh dengar apa dorang cakap. Hahaha. Gegak gempita. Waktu nak sampi ke rumah, berhenti dekat traffic light. Ya Allah, kereta bergoncang macam ada gempa bumi. Punyalah dorang excited. Lama kut masing-masing tak jumpa. Hmmm....ni yang kena tukar Exora ni. Belika satu boleh???hehehehe.

Ingatkan malam nak pergi tengok wayang. Kitorang sampai rumah pun dah pukul 7. Hall penuh plak. So, tukar plan, nak subscribe Alamak Toyol kat Astro First. Rupanya terlepas pukul 8. Next show pukul 11. Tak jadilah nak subscribe. Mintalah Adeeb untuk mencari DVD yang tak berapa nak halal. Pun takde juga. Penangan juga Alamak Toyol ni. So, download secara tak berapa nak halal juga. Tengoklah mereka bersama-sama di screen laptop. So, malam tu di rumah kami dah macam pesta. Main fishing, monopoly, origami, tengok movie. Cukup semua. Sambil dorang ni main, goreng r makanan untuk dibawa esok.

Dah set jam dah pukul 7 nak bangun. Tetiba lagi 9 minit belum pukul 7, Shafiq dah bangun. "Kak Iqah, ni dah siang ni. Kita nak pergi pukul berapa?" "Adek, lagi 9 minit baru nak pukul 7. Meh, tidur balik". Maunya dia tidur balik. Ahaha. Rupanya Shafiq dan Alyf yang tidur dengan saya, dah bangun. Siapkanlah mereka semua nak pergi Zoo. Kononnya gate zoo buka kitorang dah adelah depan pintu. Sampai-sampai pukul 9.30. Oklah tu. Ya Allah, nak masuk Zoo punyalah mahal. Adult RM25, Children RM9. Nak bawa videocam masuk dalam, kena charge juga, RM15. Ini harga ada IC nih. Price including Butterfly Farm. Nanti kat dalam, kalau nak masuk, kena charge another RM5. Mak aih. Buat duit betul. Bak kata Cuna, Singa kurus juga. Hehehe. Belum kira nak naik Tram. Adult RM3, Children RM2. Sekali pusing sahaja. Kalu nak naik lagi kat Tram stop, kena bayar lagi RM2. Dahsyat tak? Air mineral pun RM2.50. Ni harga botol kecik. Aduyai. Dahsyat.

Sebelum masuk. Cuba tengok muka masing-masing. Masih gembira.
So, maka bermula hari kami di zoo.

Naik tram yang mahal
Yang kelakarnya, budak-budak ni bila jumpa dengan bangau botak. Habis dihambat. Macam hambat ayam. Siap bagi makan Twisties. So, kalau jumpa bangau botak kat MRR2 atas tiang lampu tengah sakit perut, bukan salah kami ye. Ikut info, bangau ni boleh terbang jauh sampai ke Putrajaya dan akan balik semula ke habitanya di Zoo Negara.



Burung Macau Dari Afrika

Show Paling Menarik
Di Butterfly Farm. Masuk RM5. Tapi tak sebest Butterfly Farm Penang.

Waktu  ni, budak-budak ni dah penat dah. Tapi still kitorang berjaya memujuk mereka untuk bejalan. Tiket dah mahal. Kenalah pulun jalankan...Masing-masing dah sakit kaki dah. Saya cakap, "Eh, mana ada. Kak Iqah yang dah tua ni pun, kaki maintain lagi".Huhuhuh...

Jia yang sporting menjadi Chaperon di hari kejadian
Lepas dah puas jalan, seperti yang dijanjikan, bawalah mereka menengok wayang di TGV Wangsa Walk..
Cerita nilah yang kami tengok. Super BEST!
Sebelum wayang start pergilah makan dulu dekat Coffee Box tepi Song Box kat Wangsa Walk tu. Masing-masing order tak tahan. Chicken Chop lagi. Huhu..Rabak dah poket. Shafiq habis makan dulu. Dia mana boleh duduk diam. Berjalanlah dia. Satu statement yang memang tak boleh blah dari mulut dia adalah, "Kak Iqah, kedai ni cantik, tapi kenapa lantai dia simen je?". Bantai gelaklah kitorang. Walhal, itu deco. Terangkanlah kat dia. Lepas tu, bila masuk panggung. Dia buat statement lagi. "Hmm....Tempat ni cantik Kak Iqah. Lampu dia pun cantik". Hahaha....Boleh tak budak 6 tahun keluar statement ala ala Eric Deco. Keskes..Anak contractor. Hehehehe.

Tengah menunggu nak masuk wayang.
Bila nak balik time Maghrib, Adeeb reverse kereta keluar parking boleh pulak terlanggar kereta kat belakang. Nasib baik takde pape. Cuma Kereta budak tu r kemek sket. Terbang lagi duit. Kepada Boboi Boy, nasib baik result superb. Kalau tak dah mintak claim dah. Hehehe.

After all, it was the most tiring day but the best Saturday I ever had, yet. Thanks to Kak Su and Kak Zaida bagi pinjam anak-anak masing. To Gemok and Boboi, best siblings ever. And the VERY BEST goes to Alea (always my girl), Alyf, Shafiq and Kak Long!!!!Woohooo!!!

Bye Y'all



Thursday 3 November 2011

Soffiya

Tetiba macam nak tulis my personal review cerita ni. Hahaha...bukan apa..lepas cerita Nora Elena,this is another drama worth to watch. Frankly speaking, this is first drama Tiz yang saya tengok. Dulu waktu time tengah Nur Kasih berdrama, memang saya tak tengok langsung. But when this drama came out, memang rasa dia boleh berlakon as compared to Fasha Sandha. Sorrylah ye, no big fan of her. Between Nora Elena and this drama, saya personally prefer cerita ni. Because cerita ni logik. Boleh diterima dek akal. Cerita Nora tu memang boleh layan sebabnya semua orang bermimpikan dapat suami sehensem, sekaya, sebaik, seromantik Seth Tan. But in reality, susah kut nak cari. So, berbalik pada cerita ni, nak kata cerita ni tak logik, benda seperti ini berlaku. Tak percaya? Baca Harian Metro. Cerita anak kena rogol sudah menjadi perkara biasa. Kepada yang pernah menjadi mangsa haruan tak berhati perut ni, Allah itu maha kaya. Dengan berkat ketabahan, insyaAllah, Allah akan balas yang baik. Sama seperti cerita Soffiya. Watak Soffiya dikembangkan dengan baik. Betapa kecilnya dunia ni, bila lelaki yang dicintai sebumbung dengan suami yang dinikahi. Pergh. Mencabar. Dapat pulak anak tiri yang spoilt habis. Izara memang sangat berkesan dalam membawa watak anak tiri yang spoilt. Perempuan cantik yang jahat. Perkara jahat yang dibuat still boleh diterima. Terkadang rasa macam watak Fiona overshadow watak Soffiya. Punya berkesan sampai termimpi-mimpi. Hahaha. Itu belum lagi time traffic jam. Asal nampak Evo putih, mesti tengok plat number. Dengan harapan kereta Fizo. Keskeskeskes. Lepas tengok cerita ni, barulah paham, kenapa terkadang orang tergilakan duda. Tengok macam Azhar Sulaiman bawa watak Kamal. Siapa yang tak nak duda kaya, softspoken, and yang penting, past is past. I like..Kak Ton pun pandai berlakon. Even secretary Ilyas pun berlakon okay. Hahaha. Ye, saya memang suka cerita ini. Dan saya sangat bersyukur bukan Fasha Sandha yang berlakon. Keskes. Walaupun hakikatnya Tiz telah merampas kekasih saya Remy. Huhu. Takpe...Fizo masih ada. Extra credit lagi untuk Fizo coz pandai masak. Saya memang ada soft spot untuk laki pandai masak and ada halkum. Seksi nyah! Hahaha...Semoga ending this Monday will be full of satisfaction. Kalau tak, penat tunggu sampai habis..hehehe.

Tuesday 1 November 2011

Hati dah keras...

Nak gelak pun ada. Sebak pun ada. Sakit hati pun ada. Bak kata ASTRO, macam-macam ada. Huhu...

Ada sorang student datang tadi. Ajar dia sem lepas. Tapi punyalah liat nak datang kelas. Boleh kira je berapa kali datang kelas. Biasalah, budak meow memang susah nak control. Punyalah dah berbulan yang lepas, ada pulak courtesy datang nak minta maaf. Memanglah macam, wah...bagusnya. Baiknya datang minta maaf. But, sebabkan hati tu dah punyalah keras membatu sebab tak pernah terima students yang have no effort to attend classes at all. Sebabnya bebudak ni satu group. Budak lelaki. Duduk satu rumah. Ni bila dah nak habis belajar baru perasan, banyak lagi rupanya paper yang tak clear lagi. One of the papers is my paper. Terhegeh-hegehlah datang minta maaf. Entahlah. Memang rasa macam kejam tak nak maafkan dorang tapi bila diingat balik, nak maafkan apa? Sebab tak datang kelas? Itu je? Nak halalkan ilmu pun bukannya ada bagi pun. Bukan nak mendabik dada kita cikgu, dia pelajar. Dulu waktu saya belajar. Pernah kena baling kertas jawapan. PM Arun. Pergh...memang garang tak hengat. Ketar ni masuk kelas dia. Dalam kelas kena bawa dictionary. Kerja kena siap. Dia ajar one or two examples, lebihnya, buat sendiri. Takde pulak students tak datang kelas beramai-ramai. In fact, how grateful everyone to have had him before.

Ini tidak. Kita boleh gelak-gelak datang kelas. Cuba soalan bukan suruh siapkan pun, still taknak datang. Bila datang, mulalah tercangang-cangang, nganga je dalam kelas. Memang saya garang. Tap garang saya bertempat. Kalau tak, takkan ada yang cakap saya favorite lecturer dia. Bukan sorang, ramai. Entahlah. Tapi serious, saya tak tahu nak kata apa. Sebabnya memang hati ni dah keras.

So, harapnya, this bunch of students, I can only wish you the best in whatever your undertakings are. I am not the one for you to seek forgiveness but you have to ask yourself and most important, to your parents.

Saturday 29 October 2011

BOSAN

Feeling bored again. Feeling loser again. Do I care that much? In fact, I do. Why should I care that much? I just don't know. People may think I just care less, but, they don't know me. Yeap, they don't know me. All those smiles, they are just fake. Oh, yeah, I am a faker. You think you know me but you don't even have a clue. I am chameleon. I cry alone. Still think you know me? Bet you now feel you knew me a little. I laugh a lot. You think? Just to cover holes inside my heart. Did I put it in plural? Yes, I did. That one guy told me that I chose what I am today, he might be right, but did he know why I chose what I chose? No, he did not. You think I am an asshole when I said it out loud, but as much as asshole I said straight to your face, it bruises me all the time. Why should I care about people that much when it silently kills me? I hate these tears, running down my cheeks. I hate my life. I hate myself. I hate everything. I know it's unfair to say it to Allah, but please, for once, let me be like this for awhile. Have to let it out. I ain't tough. I am not who I am right now. Why am I still crying? I just need it big time, Sarah. When was the last time you have your breakdown? Almost everyday. I know that. Just give yourself big time out. I know you are exhausted to please everyone when most of them returning shit on you. But that how life is. We move on. Big girls don't cry. Don't get freak right now. Yeah, still. If I have a shoulder to lean on, to cry on, to yell on. I just stuck in here. I hate this. This sucks. So frustrating!!!!! If only I can runaway. Please, please, please take me away. Please. Great. No one is taking me away. No one. Hmmm...let it kills me inside. Now, put on that fake smile back to your face. Taking your role and ACTION!

Tuesday 18 October 2011

Tempat jatuh lagi dikenang....

AsSalam and Happy Tuesday,

Happykah???Hehehehe..Hope so.*wink*

Last Saturday and Sunday, Kolej Poly-Tech MARA telah melangsungkan Majlis Konvokesyen yg ke 28. Menyaksikan seramai 4,052 orang pelajar graduate. Memang meriah. Majlis diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Saya selaku AJK perarakan, memang agak sibuklah pada hari tu. Penat. Memang sangat penat. Tapi berbaloi melihat students grad. Sebak pun ada. Patutnya, budak-budak yang malas-malas nak belajar letakkan kat one side kat hall tu, tengok susah payah ibu bapa datang nak meraikan anak-anak mereka yang graduate. Itu tak kira lagi, datuk dan nenek yang payah mendaki tangga di dalam hall tu. Sayu. Memang sayu. Tengah duk konvo, ada seorang hadirin minta saya memanggil adik beliau yang baru menerima hadiah pelajar cemerlang, untuk dibawa pulang ke Melaka kerana ayahnya yang sedang nazak. Keluar dari hall, tatkala abang memberitahu kepada adiknya bahawa ayah sedang nazak, adik ini meraung. Bergenang airmata saya sebabnya, beliau meraung mengatakan "Adik dah kata..Adik tak nak datang konvo". Masih terngiang-ngiang raungan beliau menuruni escalator. Ni yang malas-malas nih, ada dia pikir kat parents dorang? Kalu pikir, takkan malas belajar punye.

Dalam keindahan berkonvo tu, hati saya terdetik kecewa kerana seramai 236 BEKAS pelajar-pelajar usahasama UiTM sepatutnya merupakan antara graduates yang paling ramai berkonvo, tapi yang datang tak sampai 50 orang. Hancur luluh hati ini. Memang dorang akan berkonvo lagi bersama dengan UiTM, tapi tak terdetikkah di hati mereka yang kami ni, pendidik nak juga merasa kejayaan mereka. Kejayaan mereka, kejayaan kami juga. Segala penat lelah mendidik mereka, rasa macam tak dihargai. Memang ramai yang sedang sambung di cawangan-cawangan yang agak jauh. Tapi, kenapa perasaan TERIMA KASIH tu dalam diri 236 orang pelajar tu takde. Antara alasan yang glamour adalah mahal. Ya, memang agak mahal compare to UiTM but harga tu masih terlalu MURAH kalau dicomparekan dengan payah jerih kami ni semua mendidik mereka dari ZERO ke HERO. Dekan fakulti siap text saya ketika konvo sedang berlangsung, bertanyakan, mana pergi 236 orang students ni. Saya masih lagi COVER untuk mereka dengan memberikan alasan bahawa pelajar-pelajar ini sedang belajar di kampus cawangan yang jauh. Agak susah bagi mereka untuk menghadirkan diri. Tapi, ADA PELAJAR-PELAJAR INI KESAH? Itulah harga yang kami, pendidik di KPTM, terpaksa terima daripada pelajar-pelajar ini. Semoga pelajar-pelajar ini mendapat keberkatan daripada ilmu yang telah kami berikan walaupun kami rasa diri ini tidak dihargai. TAHNIAH kepada yang sudi datang menghadirkan diri berkonvo bersama kami di KPTM. TERIMA KASIH membuatkan kami tersenyum bangga bersama anda.

Yang paling best sekali time berkonvo adalah mengira jumlah habuan pelajar-pelajar yang cemerlang ni. Banyak tu. Ada yang dapat RM3,000. Yelah, kalau sekali naik dapat RM1,000. Ada juga habuan yang RM2,000. Untung betul budak-budak ni. Dah r tiap bulan dapat RM630. Loan converted to scholarship. Habis belajar dapat lagi ganjaran. Apa lagi dorang nak. Datang kelas, duduk dan belajar. Itulah antara kelebihan belajar di IPTS. Rezeki. Hehehe...Amal, Anas, Isz, Zainol, bila nak belanja I?Hehehehe...Tahniah ye.

Pelajar-Pelajar yang KAYA-RAYA

Tapi yang paling bermakna, apabila ada pelajar menitipkan kata-kata, "Miss, miss ajar paling best. Saya paling suka cara miss mengajar". Hehehe...I LIKE. Alhamdulillah.

Okaylah ye...caucincau.


Bye, y'all