AsSalam and Happy Tuesday,
Happykah???Hehehehe..Hope so.*wink*
Last Saturday and Sunday, Kolej Poly-Tech MARA telah melangsungkan Majlis Konvokesyen yg ke 28. Menyaksikan seramai 4,052 orang pelajar graduate. Memang meriah. Majlis diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Saya selaku AJK perarakan, memang agak sibuklah pada hari tu. Penat. Memang sangat penat. Tapi berbaloi melihat students grad. Sebak pun ada. Patutnya, budak-budak yang malas-malas nak belajar letakkan kat one side kat hall tu, tengok susah payah ibu bapa datang nak meraikan anak-anak mereka yang graduate. Itu tak kira lagi, datuk dan nenek yang payah mendaki tangga di dalam hall tu. Sayu. Memang sayu. Tengah duk konvo, ada seorang hadirin minta saya memanggil adik beliau yang baru menerima hadiah pelajar cemerlang, untuk dibawa pulang ke Melaka kerana ayahnya yang sedang nazak. Keluar dari hall, tatkala abang memberitahu kepada adiknya bahawa ayah sedang nazak, adik ini meraung. Bergenang airmata saya sebabnya, beliau meraung mengatakan "Adik dah kata..Adik tak nak datang konvo". Masih terngiang-ngiang raungan beliau menuruni escalator. Ni yang malas-malas nih, ada dia pikir kat parents dorang? Kalu pikir, takkan malas belajar punye.
Dalam keindahan berkonvo tu, hati saya terdetik kecewa kerana seramai 236 BEKAS pelajar-pelajar usahasama UiTM sepatutnya merupakan antara graduates yang paling ramai berkonvo, tapi yang datang tak sampai 50 orang. Hancur luluh hati ini. Memang dorang akan berkonvo lagi bersama dengan UiTM, tapi tak terdetikkah di hati mereka yang kami ni, pendidik nak juga merasa kejayaan mereka. Kejayaan mereka, kejayaan kami juga. Segala penat lelah mendidik mereka, rasa macam tak dihargai. Memang ramai yang sedang sambung di cawangan-cawangan yang agak jauh. Tapi, kenapa perasaan TERIMA KASIH tu dalam diri 236 orang pelajar tu takde. Antara alasan yang glamour adalah mahal. Ya, memang agak mahal compare to UiTM but harga tu masih terlalu MURAH kalau dicomparekan dengan payah jerih kami ni semua mendidik mereka dari ZERO ke HERO. Dekan fakulti siap text saya ketika konvo sedang berlangsung, bertanyakan, mana pergi 236 orang students ni. Saya masih lagi COVER untuk mereka dengan memberikan alasan bahawa pelajar-pelajar ini sedang belajar di kampus cawangan yang jauh. Agak susah bagi mereka untuk menghadirkan diri. Tapi, ADA PELAJAR-PELAJAR INI KESAH? Itulah harga yang kami, pendidik di KPTM, terpaksa terima daripada pelajar-pelajar ini. Semoga pelajar-pelajar ini mendapat keberkatan daripada ilmu yang telah kami berikan walaupun kami rasa diri ini tidak dihargai. TAHNIAH kepada yang sudi datang menghadirkan diri berkonvo bersama kami di KPTM. TERIMA KASIH membuatkan kami tersenyum bangga bersama anda.
Yang paling best sekali time berkonvo adalah mengira jumlah habuan pelajar-pelajar yang cemerlang ni. Banyak tu. Ada yang dapat RM3,000. Yelah, kalau sekali naik dapat RM1,000. Ada juga habuan yang RM2,000. Untung betul budak-budak ni. Dah r tiap bulan dapat RM630. Loan converted to scholarship. Habis belajar dapat lagi ganjaran. Apa lagi dorang nak. Datang kelas, duduk dan belajar. Itulah antara kelebihan belajar di IPTS. Rezeki. Hehehe...Amal, Anas, Isz, Zainol, bila nak belanja I?Hehehehe...Tahniah ye.
![]() |
Pelajar-Pelajar yang KAYA-RAYA |
Tapi yang paling bermakna, apabila ada pelajar menitipkan kata-kata, "Miss, miss ajar paling best. Saya paling suka cara miss mengajar". Hehehe...I LIKE. Alhamdulillah.
Okaylah ye...caucincau.
Bye, y'all
sabar sarah...ingat...kita mengajar kerana Allah...
ReplyDeletesemoga mereka semua dirahmati dan berjaya dunia dan akhirat...insyaallah...
btul tu akk...nak bt cmnekan...bak kata kak CSM, macam mana nak buat budak2 ni sayang kat KPTM...kena r psycho sket bdk2 nih...hehehehehe
ReplyDelete