Thursday, 5 May 2011

^O^ Ayahku, Ayahku jua ^O^

Salam and very wonderful morning...

"Ayah"
"Hmm..."
"Yah..."
"Hmm..."
"Ayah"
Ayah jeling tajam. Saya gelak.

Saya sangat suka menyakat Ayah saya. Knowing Ayah, he is not talkative but he is someone you can talk about anything and everything. So, kita yang kena initiate conversation. Topic yang selalu diperbincangkan adalah politik, bola and badminton. Pesan Ayah ketika mengundi, "Pikir BULAT-BULAT, jangan TIMBANG-TIMBANG". Hahaha...Ayah saya memang tak pro-kerajaan. Tapi saya selalu mengingatkan Ayah, "Ayah, Iqah ni belajar dari diploma sampai ke degree, kerajaan yang tanggung. Tak payah bayar langsung. Ayah kena bersyukur". Ayah akan senyum sumbing. Saya suka apabila Ayah menjeling manja.

"Ayah, Ayah tidur"
"Mana ada Ayah tidur". Kaki goyang-goyang.
"Hahaha...tu dah berdengkur dah tu". Ayah jeling lagi.

Ini time bila tengok TV malam-malam. Saya and Mama akan menyakat Ayah yang terkadang tersengguk-sengguk menghampiri perut buncit Ayah (Ayah comel...hehehe). Pastu bila dah pukul 2, 3 pagi, Ayah akan berjaga tengok bola. Die hard fan Liverpool (Memang tak geng).

Bila hujung minggu Ayah akan tanya, "Kakak nak makan apa?" Ini adalah soalan favorite saya. In fact, satu family suka kut. Ayah saya sangat pandai memasak. Ayah boleh masak apa saja yang diminta. Yang tukang condemn, sayalah...hehehe...Tapi, selalunya puji je. Pandai Ayah masak. Kalau hari raya or mula puasa, Ayah  akan masak rendang. Rendang Ayah marvelous. Tak boleh lawan dengan orang lain. Tapi, since Ayah accident hari tu, tangan Ayah dah tak kuat. So, saya cakap dengan Ayah, "Kita masak instant je lah, Ayah. Senang sikit". Mama sampuk kat belakang, "Tak sedap". Period. Hahaha...Big ma'am dah cakap macam tu, memang tak bolehlah kan...

Pagi raya adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu. Ketika sesi bermaafan, Ayah akan menjadi orang pertama yang akan menangis. Ayah saya memang seorang yang sangat soft-hearted. Tapi Mama kata, Ayah seorang yang sangat degil. But, bagi saya, takde orang yang selembut dan sesensitif seperti Ayah.

^O^ Dah letak dah gambar Ayah  ^O^
Ayah...
Di kesempatan ini, Iqah nak minta maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut sebab Iqah selalu menyusahkan Ayah. Refuse nak jadi Doctor as your wish. But, hanya Ayah je yang sangat-sangat memahami Iqah. Apa saja yang Iqah nak buat, Ayah akan sokong. No matter what. Tapi, Ayah pun tahukan. Iqah sayang Ayah. Apa sahaja yang berlaku, Iqah akan sentiasa di samping Ayah.

Ayah...
Iqah tahu selalunya Ayah terasa hati dengan Iqah tapi Iqah tahu, Iqah juga yang selalu buat Ayah tersenyum. Sorry bebanyak kalau Iqah tergurau bahasa kasar. Tapi Iqah tahu, Ayah akan sentiasa maafkan Iqah.

Ayah...
TERIMA KASIH.

SELAMAT HARI LAHIR, AYAH.

Love and peace,
Kakak

2 comments:

  1. saya sayang ayah saya...

    rasa2 nya ayah mmg paling memahami...
    walaupun ibu lebih dekat dgn kita..coz selalu membebel, marah suruh tu..suruh ni...tapi ayah lah yg satu2 nya yg akan call dulu bila kita lambat balik...firasat ayah selalu betul...

    anyway...selamat hari ibu...hehehe

    ReplyDelete
  2. betul r kak aiza. kdg2 tgh karok, ayh kol, "bila nak balik?"
    Sampai umah muka mencuka. Tapi ayh tetap akn tggu. Hehe...Esok, senyum balik.
    Mak saya garang. Memang boleh nak bercerita dengan dia tapi itulah...hahaha...harapnya dia tak baca blog saya. huhu..

    So, kak aiza, happy mother's day juga!

    ReplyDelete