Thursday, 14 July 2011

Lamanya....V*V

Salam and evening all,

Lama sungguh saya tidak menulis luahan hati dan perasaan saya. Pelbagai perkara yang berlaku sehingga saya rasa tak tahu nak tulis apa. Well, first thing foremost, students saya yang cemerlang, gemilang dan terbilang telah selamat berada di London, untuk menyambungkan pelajaran. HuHu...Nak ikut..I sent off them on July, 3. Macam drama. Tapi, seberat mana pun kaki nak melangkah, tapi pergi juga. Siapa yang tak nakkan, pemergian dibayar sepenuhnya. Sekejap je pun berat hati tuh. Tengok sekarang dekat facebook masing-masing, amboi, jalan sakan. Hehehe..as their classes will only begin on July, 18.

Sebelum saya terlupa. Hari ini merupakan anniversary saya bekerja ke-3. Sekejap je dah 3 tahun. Saya masih di sini dan akan terus berada di sini. Sayang semua students walaupun ada segelintir yang mampu merobek hati saya. I enjoy teaching. Karenah students ni macam-macam. Tapi, dengan karenah merekalah yang menghiburkan hati saya. Alhamdulillah, rezeki saya masih di sini.

Oh ye. Saya sangat tidak suka dengan orang yang suka mengambil kesempatan. Memanglah kita baik dengan semua orang tapi mestilah ada limit. Jangan asyik kita je yang kena buat untuk diorang. Kita pun ada life. Ya, memang saya masih single. Tiada komitmen. Boleh kalau nak pergi sana sini. Tapi kena ingatlah. Saya pun ada hidup saya juga. Saya pun bekerja juga. Jangan ingat awak dah bersuami, dah ada anak, dah senang, orang lain kena ikut cakap awak. Apa lebihnya awak? Hanya sebab awak ada suami dan anak-anak? Atau semua orang memang suka sangat kat awak? Pleaselah...tak semua suka okay. Menyampahlah saya dengan orang macam ni. Dahlah suka berkira. Mana tak kaya. Kita je memberi. Bukan untuk minta balasan. But somehow, token of appreciation should be enough. Macam students. Nakal macam mana pun, kalau sebelum exam datang jumpa minta maaf dengan ikhlas, sedaya mungkin hati seorang cikgu ini akan terusik. InsyaAllah berkatlah juga apa yang dia belajar.

Okaylah, saya dah nak balik dah ni.

Till then,

Bye y'all

Saturday, 2 July 2011

Tayangan Hebat!!!!!!

Salam and HAPPY all,

Saturday sudah....WHAT??? Esok SUNDAY???!!!!Buat terkejut pulak...Saja nak terkejut. Apa pun tak boleh. <^*^>

Hari ini saya nak menulis review movies yang saya tengok semalam. Sudah lama tak marathon. Semalam cuti. Mama and Ayah balik kampung hantar Pak Lang baru balik umrah. So, dikesempatan itu, kami bertiga beradik telah membuat marathon movies. Keluar after solat Jumaat. Ingatkan jalan tak jammed, rupanya ada perhimpunan aman di Jalan Tun Razak, susur masuk nak ke Time Square. Rasanya nak bergerak ke town. So, it was a bit of traffic. Bukan a bit. Memang jammed kut. Kitorang dah budget dah ambil tiket, 1st show Transformers at 330. Ngam-ngam je sampai. Pastu, pukul 6, kitorang tengok Sekali Lagi. Keskeskes..Kena marah dengan Gemok coz beli tiket tak tengok duration. So, kami agak terkejar-kejar, tapi, still sempat. Wee~~~!!!!

So, first review; Transformers. Well, frankly speaking, I prefer part 2. Because it was cute. Part 3 ni, best jugak (What do you expect? Transformers kut...Mana boleh tak best). Cumanya di awal cerita, ia agak meleret nak sampai ke tengah cerita. By the way, kalau takde hot chick pun takpe because sebabkan dialah, dunia ni tak aman. Errkkk...Michael Bay patut tengok KL Gangster. Takde lovey dovey scene pun still success. Thumbs up, bro.

Still typical Transformers movie but this time, full credit given because bila autobots transformed, scene dia dah smooth. Meaning that, dia transformed dari awal sampai habis. Kalau dulu, bila dia nak tukar, tetiba dah siapkan? Not this time. Smart. Tabik spring. Lepas tu, yang best lagi, this time fight scenes, nampak lebih real. Jalan cerita takdelah nampak tak logik sangat. Overall, worth to watch though I prefer the 2nd one. Autobots yang this time tak cute, but sleek. Overall, 7/10. The other 3 tossed to that HOT chick. She's not worth it.

So, next movie adalah cerita Sekali Lagi. Nak juga bagi credit kat filem-filem tempatan. Sudah banyak kemajuan. Sebabnya, boleh dikatakan, every month saya akan tengok local movies. Walaupun ada cerita yang tak payah masuk wayang, tapi nak jugak masuk wayang, masih ada, saya nampak, local movies are positively evolving. Cerita apapun, kalau ada Mia Sara, memang cute. But, cerita ni worth thumbs up because jalan cerita yang lancar dan tak meleret. Jumping flashback pun bersesuaian dengan timing. Lisa semakin pandai berlakon. Pelat pun dah semakin hilang. I LIKE. Sam. Memang tak dapat dinafikan memang sangat pandai berlakon. I LOVE. Cumanya, agak terganggu dengan karakter Kartina Aziz selaku Mama Arman (Sam) coz asyik nak peluk je and meraba Arman. Nak tunjukkan kasih sayang.....WAKAKAKAKAKA....Tak sesuai sangat. But overall, cerita ini best. Budak sebelah saya dari awal sampai habis kut, nangis. Saya pun bergenang juga. Kena control. Kalau tak, mesti kena gelak dengan Gemok and Adeeb. Saya bagi 8/10. 2 hilang sebab Kartina Aziz. Tak yah jadi girlfriend, jadi mak lagi best coz dapat pelok lebih banyak. Whatttttt?????

Sebelum terlupa. Sekarang ni, saya dah tambah lagi satu bunny. Peneman Gemok. This time, Jantan. Nama dia TOP. Gemok namakan dia after TOP, Big Bang. Sebab, Top breed LionHead. Ada bulu pacak kat kepala dia. Sangat playful. Orang lain duk sibuk anak, kami duk sibuk arnab. Wachaa! Aduyai....

Okaylah. Jangan lupa tengok tau Sekali Lagi and Transformers. Pergi, jangan tak pergi. Pergi, jangan tak pergi.

Bye, y'all







Tuesday, 28 June 2011

Waaa~~~~Kerja!!!

Salam and almost nite nite all,

Setelah berehat selama dua hari, akhirnya saya akan ke office esok...huhuhu...

Kenapa saya mc?? Semput...huhu..kena penangan Sepah r nih..ngeee...Congrats Sepah!

Harapnya saya akan terus sihat.. Jenuh ni nak ganti kelas. Sorry ye my beloved students. Just need some times to feel better. Tapi, no doubt kan uols suka kelas cancelkan?? Hehe..coz I felt the same way too... ^*^

So, see all of you tomorrow! Miss them. Not that much though.. Hehe

Oh, lupa pulak. Kepada Zesh, sorry ye I tak dapat datang. But, as always my pray with you. Huhu... Dah nak fly dah..Miss already..@_@

Okay people, till then.. Nite nite. Sweet dreams. Abang remy!!!

Bye y'all

Thursday, 23 June 2011

Seyes....NAK KAWEN!!!

Salam and wooHOOO! everyone,

Finally, boleh juga nak meluangkan masa di sini. It's been a while. Huhu....I miss my blog. And I miss Alea too....V_V...(Siap mimpi dah ni Kak Su malam tadi).
My Little Alea...miss HER!!!
Well, apa yang telah berlaku sepanjang ketiadaan saya. First sekali, adalah Seminar on Entrepreneurship and Professionalism. It was held as scheduled on June 15, 2011. And it was SUCCESSFUL! Hehehehe...Segala penet jerih semua berbaloi. Banyak info yang didapati ketika berseminar. Contohnya, yang paling menarik adalah, if you have any idea to develop techno-preneurship, you can go to MDEC. All resources and financial helps available make for everyone who is interested. Besides, another figures SURPRISINGLY (buat-buat terkejut), less than 500 people professional practice in Accounting last year (if I'm not mistaken)...Itu orang ha, memang tada masuk ini orang yang sedang taip wo~~~. Lupa nak bagi credit kat Anne. Makan SEDAP!!!

Inilah gamaknya seminar yang berjaya diadakan setelah 6 bulan bertungkus-lumus
Then, last Saturday, kami sebilik, berjalan-jalan ke rumah-rumah ibu-ibu yang bersalin. It was so much fun to gather after, seriously, a lot than a while. Last time kitorang berjalan-jalan bersama-sama adalah ketika Kak Siti kahwin. Siap pergi Langkawi lagi. Ini, Kak Siti dah anak 2. Tapi, Kak Siti memang advance. Hehehe. Bermula dari tengah hari sampai ke pukul 9 malam. Tapi memang seronok. Keskeskes. 

Inilah ibu-ibu yang diraikan. Dari kiri, Kak Siti, Wani and Mafa..
And, my baby sister tak dapat lagi surat untuk ke Kanada. Penat je saya nangis. Hehehe..Tapi, she is on standby. Siap beli peganti lagi. A little bunny. I love her. We named our pet after my baby sister. Gemok. Keskeskes.
Me holding my lil Gemok
It has been two hell weeks. Kerja memang penat. Sebab dah full classes. This time, dapat students yang potentially have no problem. But, YET. I enjoy teaching. Tapi bila dah penat, perasaan nak KAWEN, datang balik. Keskeskes...Tapi, this is life. Kawen ke tak, I don't bother. Because, so far, saya masih boleh menyusahkan orang-orang lain. I have at least 4 shoulders to cry rather than 1 husband's shoulder to cry. Wah...APAKAH????? So, sesiapa yang hendak masuk meminang, sila dapatkan borang seperti berikut:

En. Mohamad Saad Hj. Kadir
Taman Sri Gombak

Hehehe...Ok people, till then....

Enjoy weekend!!!
Bye y'all


Friday, 10 June 2011

Sedey~~~~~~!

Salam and greet to all,

Saya sangat kesedihan. HuHuHu.....

Semalam, bila masuk je rumah, Mama cakap, "Kak, ada orang nak gi Kanada?" WHAT???!!!!!! Si Gemok saya kena pergi Kanada bukan seminggu dua. 6 bulan!!!! Lama tuh. Nanti sangaplah saya. Before ni, kalau pergi offshore, baru 2 minggu and tahu dia masih ada kat Malaysia. Tapi kalau dah ke sana, macam mana dengan Gemok. Dahlah nak dekat raya. Waaaa~~~~~~~~~~~~~!!!!!Sedeynya...

Nanti siapa yang nak betulkan baju dia? Tudung dia? Bawa dia tengok wayang? Gemokkan dia? Siapa??? Siapa kalau tak saya??? Ni kalau duduk jauh macam mana saya nak tengok dia? Macam mana saya nak habiskan duit dia? Macam mana saya nak sakat dia? Macam mana???!!!!!

Gemok!!!!!


Sedey sangat....SANGAT...Memang itulah yang terbaik untuk career dia. Tapi, yang tak boleh blah, short notice sangat. Kesianlah kat saya. Malam-malam tidur sorang-sorang. Hujung minggu, sorang-sorang. Nanti, gemok pun sorang-sorang. Huhu...

Kepada Adikku yang TERCINTA...jom Karok!!!!

Peace Gemok.

Bye y'all

Tuesday, 7 June 2011

Penatnya.....

Salam and happy day!

2nd week of classes. Huhu...dah rasa PENATNYA... Kalau ikut contact hours memang sikit as compared to previous sem tapi non-stop. Last 2 weeks habis CAT program, last week habis ICSA program plus dengan UiTM program..huhu...V_V

But yang bestnya, saya tiada masalah dengan kelas pukul 8. Because, as early as 8, students dah penuh dalam kelas...hehehe. I like. Mana taknya, kalau lambat kena duduk luar. Haha.. Awal-awal kelas lagi saya dah remind kat students, dalam kelas saya, kalau tak try siapkan homework and datang lambat, memang kena duduk luar. Tapi takdelah sampai habis kelas kena duduk luar. Saya akan panggil masuk after 10 to 15 minutes. Kadang-kadang tu belum tanya, dah siap homework?, diorang akan keluar dulu..ehehehe

Hari Ahad lepas, genap 29 tahun parents saya berkahwin. Banyak kenangan pahit dan manis yang melanda bukan saja melibatkan parents saya tapi seluruh keluarga. Tapi alhamdulillah, jodoh mereka masih panjang. Kami masih lagi satu keluarga yang bahagia. Bittersweet. As always. Pada Ayah and Mama, kami doakan hanya yang terbaik untuk anda berdua. Lagi satu, semoga cepat timang cucu.^@^

Kepada cik Adik, tahniah diatas majlis pertunangan anda. Baby mendoakan yang terbaik. Hehe..

Chill y'all

Tuesday, 31 May 2011

Nak Kawen!!!!!!!!!!!!!!

Salam and have a good day,

Waaaaa!!!!!!!!!!!!!! Saya nak kawen. Itulah ayat yang selalu saya akan kata if saya dalam keadaan a little bit of stress. Huhu...Tapi itu time study. Ye lah, dengan anggapan, kalau kahwin, dah tak stress nak belajar. Tapi bila dah ramai kawan yang kahwin, err...rupanya kahwin pun stress juga...hahaha...kena tukar tag line.

Anyway, it is new semester. Congratulations and welcome to new students. Ada sorang student tu muka macam Ally Iskandar. Sampai kawan-kawan dia panggil dia Ally. Best part tu, nama dia pun ada Iskandar juga. Haha...Cute.

So, lately ni, saya  memang agak stress sikit. Tak banyak mana pun. Dengan Seminar Profesionalisma dan Keusahawanan yang akan berlangsung pada 15 Jun ni, di KPTM, Bangi, saya memang agak busy sebabnya saya adalah setiusaha projek. Kena banyak buat surat. Nasib baik ramai yang sudi menolong. Oh, ye, kalau rase nak join this seminar, murah je, RM150 per head including makan. Mehlah datang. Tak rugi pun.

Pastu, terselit juga dengan students yang nak tukar section or class. Memandangkan this semester, saya baru dilantik menjadi Koordinator Program UiTM, banyak kesalahan yang telah saya lakukan. Well, budak baru belajar...huhu...But, seriously, tak nak buat salah lagi. Sangat-sangat lah leceh coz agak berduyun juga lah yang datang. Kalau tak kurus juga, tak tahulah. Tapi, macam mana nak kurus, bila stress sikit je, telan dark chocolate Beryl's yang sedap tu. Huhu...Tolong~~~~~~~!

Tapi, yang best sekali adalah sekarang musim cuti sekolah. Heaven on MRR2. ^o^.
Memang best. Last Saturday, saya, my sis and my bro bawalah Alea and Alyf berjalan-jalan di KLCC. First sekali tengok Philharmonic Orchestra. Alyf, every time habis satu lagu, "yeay, dah habis". Punyalah dia sangap. Actually, saya pun.

Later, kami tengok KungFu Panda2. Seriously, sangat-sangat-sangat-sangat BEST! So much worth of watching. Kepada yang belum tengok, silalah berbuat demikian.

This weekend, kawan saya akan bertunang. Kecik hati dengan dia coz bagitahu saya agak lambat. Tapi, saya dengan murah hati, membuat satu dulang hantaran buat dirinya. Agak kreatif juga saya rupanya...Kalau Cik Bah tengok boleh nangis. Keskeskes.

Oklah all. See you later.

Bye y'all