Friday, 16 December 2011

Lalalalala....

Setelah sekian lama, akhirnya esok saya boleh lalalalalalala. Kalau esok KL tenggelam sebab hujan yang lebat, I don't care. Hehehehe.....^~

Bukan Cinta Biasa sudah pasti akan dibiasakan esok. Sebabnya Isabella akan Wish You Were Here. Lagipun saya memang Sampai Hati apabila orang kata Kaulah Segalanya. Mana taknya, sebab dia Tercipta Untukku. Hehehehe...Kan dah janji memang akan With You. Cintakan mana ada Price Tag. Cuba bayangkan kalau ada, hmm...memang takde orang nak Cari Jodoh.

Tapi yang penting, bila Kau Kunci Cintaku, berikan Janji Manismu, sudah tentu saya akan Marry You. Tak gitu? Harapnya nanti biarlah 2 Become 1. Opppssss....Hahahaha.

Nampak gayanya, memang confirm banjir.

Peace y'all

Tuesday, 13 December 2011

Cherating...HUJAN!!!!!!!!!

Hello~~~~~~

You know what? I am officially 28 yesterday. What an age. Still much much yet to be achieved. Hehehe..One step at a time. Hehehe...Anyways, last Saturday, my sister and I pergilah Cherating. Bertolak dalam kul 9, singgah r sekejap kat Kuantan. Saja. Hehehe...All the way tu, memang terang benderang. Dari Kuantan nak ke Cherating, Ya Allah, hujan lebat giller. Pasu signboard pulak macam chipsmore, kejap ade, kajap takde. Huhu. But managed to arrive jugak..Hehehe...Lupa pulak nak bagitahu. Kitorang ke sana coz Gemok ade Interaction Day dekat Legend. Hotel dia ok kut tapi makantak tasteful sangat. Sedap lagi saya masak..Ahax.


Tengok angin, kuatkan?

Ombak Rindu...Nak AARON!!!Ceh..ceh

Habis posing dah Gemok..hehehe

Kalau ombak tak kuat, leh mandi laut...huhuhu


Kanak-kanak riang

Tengok budak-budak ni...Tak takut langsung...


Nurul Izzah version Gemok

Pool Hotel

Anak Kak Asmah. Adik yang malu-malu.

Anak Kak Asmah. Abang yang sangat menyukai saya. Hehehe

Saya agak konfius dengan Ashraf. Mula-mula ingat girl. Rupanya...hehehe..3 ketul hotdog tu makan.

Kakak itik dan adik-adiknya

Staff  PEG

Asal hala camera, dia senyum. Tapi tak tau anak  siapa..hehehe..peneman saya

Untuk 15 mins, yang kecik RM40, yang besar RM50. Ada berani?

Cuba tengok buat apa...Comel tak???hehehe

Emcee yang berjaya

Siap ada clown lagi...

Bukan sorang, tapi 2 orang gitu...hehehe
Begitulah gamaknya, kami menghabiskan hujung minggu kami. Looking forward to have another vacation to east coast soon. Credit to staff Legend yang ramah and helpful. Condition wise, okay r..Holiday Villa is better.

Ciao.

Thursday, 1 December 2011

Apa Ada Pada Zoo?

Hellloooooo~~~~~~~~~~~!!!!!!!!!!!!

Cuti sekolah sudah bermula. Heaven sungguh jalan-jalan di MRR2. Tapi yang tak bestnya sesi UiTM sudah bermula. Huhu...tak boleh bersenang-lenang sangat.

Seperti yang dijanjikan kepada adik-adik menumpang kasih saya Alea, Alyf, Shafiq and Kak Long, Gemok dan saya membawa mereka ke Zoo Negara yang terletak di tepi MRR2, after Taman Melewati, pada Sabtu yang lepas bersamaan 26 November 2011. Amboi. Punyalah panjang lebar. Hehehe...Asalnya, kami plan nak bawa dorang ni masuk Petrosains je, pastu tengok wayang. Tapi, my sis kata, nanti kejap plak berjalan-jalan. Lagipun, kalau bawa ke KLCC, selalunya time-time cuti sekolah ni, mak aih, ramai bebenor. Kang hilang anak orang, lain pulak ceritanya.

So, on Friday, tengah hari tuh, Kak Zaida check in Shafiq and Kak Long. Because mama and ayah balik kampung, so, saya bawa mereka ke ofis. Balik dari ofis, saya pergi pulak ambil Alea and Alyf kat rumah babysitter. Alyf memula boleh tak, tak nak ikut. Puas pujuk, tapi dia tak nak jugak. Habisnya bila dah turun kat bawah (naik tingkat 4 tuh), tetiba baysitter panggil, Alyf nak ikut pulak. Memang drama. Huhu...Bila balik pulak, singgah ambil Gemok kat terminal putra. Gemok lambat sikit sampai, so kitorang pergi beli aiskrim kat McD. Dalam kereta, dengan 4 orang kanak-kanak ceria sesangat, rasanya, kereta sebelah pun boleh dengar apa dorang cakap. Hahaha. Gegak gempita. Waktu nak sampi ke rumah, berhenti dekat traffic light. Ya Allah, kereta bergoncang macam ada gempa bumi. Punyalah dorang excited. Lama kut masing-masing tak jumpa. Hmmm....ni yang kena tukar Exora ni. Belika satu boleh???hehehehe.

Ingatkan malam nak pergi tengok wayang. Kitorang sampai rumah pun dah pukul 7. Hall penuh plak. So, tukar plan, nak subscribe Alamak Toyol kat Astro First. Rupanya terlepas pukul 8. Next show pukul 11. Tak jadilah nak subscribe. Mintalah Adeeb untuk mencari DVD yang tak berapa nak halal. Pun takde juga. Penangan juga Alamak Toyol ni. So, download secara tak berapa nak halal juga. Tengoklah mereka bersama-sama di screen laptop. So, malam tu di rumah kami dah macam pesta. Main fishing, monopoly, origami, tengok movie. Cukup semua. Sambil dorang ni main, goreng r makanan untuk dibawa esok.

Dah set jam dah pukul 7 nak bangun. Tetiba lagi 9 minit belum pukul 7, Shafiq dah bangun. "Kak Iqah, ni dah siang ni. Kita nak pergi pukul berapa?" "Adek, lagi 9 minit baru nak pukul 7. Meh, tidur balik". Maunya dia tidur balik. Ahaha. Rupanya Shafiq dan Alyf yang tidur dengan saya, dah bangun. Siapkanlah mereka semua nak pergi Zoo. Kononnya gate zoo buka kitorang dah adelah depan pintu. Sampai-sampai pukul 9.30. Oklah tu. Ya Allah, nak masuk Zoo punyalah mahal. Adult RM25, Children RM9. Nak bawa videocam masuk dalam, kena charge juga, RM15. Ini harga ada IC nih. Price including Butterfly Farm. Nanti kat dalam, kalau nak masuk, kena charge another RM5. Mak aih. Buat duit betul. Bak kata Cuna, Singa kurus juga. Hehehe. Belum kira nak naik Tram. Adult RM3, Children RM2. Sekali pusing sahaja. Kalu nak naik lagi kat Tram stop, kena bayar lagi RM2. Dahsyat tak? Air mineral pun RM2.50. Ni harga botol kecik. Aduyai. Dahsyat.

Sebelum masuk. Cuba tengok muka masing-masing. Masih gembira.
So, maka bermula hari kami di zoo.

Naik tram yang mahal
Yang kelakarnya, budak-budak ni bila jumpa dengan bangau botak. Habis dihambat. Macam hambat ayam. Siap bagi makan Twisties. So, kalau jumpa bangau botak kat MRR2 atas tiang lampu tengah sakit perut, bukan salah kami ye. Ikut info, bangau ni boleh terbang jauh sampai ke Putrajaya dan akan balik semula ke habitanya di Zoo Negara.



Burung Macau Dari Afrika

Show Paling Menarik
Di Butterfly Farm. Masuk RM5. Tapi tak sebest Butterfly Farm Penang.

Waktu  ni, budak-budak ni dah penat dah. Tapi still kitorang berjaya memujuk mereka untuk bejalan. Tiket dah mahal. Kenalah pulun jalankan...Masing-masing dah sakit kaki dah. Saya cakap, "Eh, mana ada. Kak Iqah yang dah tua ni pun, kaki maintain lagi".Huhuhuh...

Jia yang sporting menjadi Chaperon di hari kejadian
Lepas dah puas jalan, seperti yang dijanjikan, bawalah mereka menengok wayang di TGV Wangsa Walk..
Cerita nilah yang kami tengok. Super BEST!
Sebelum wayang start pergilah makan dulu dekat Coffee Box tepi Song Box kat Wangsa Walk tu. Masing-masing order tak tahan. Chicken Chop lagi. Huhu..Rabak dah poket. Shafiq habis makan dulu. Dia mana boleh duduk diam. Berjalanlah dia. Satu statement yang memang tak boleh blah dari mulut dia adalah, "Kak Iqah, kedai ni cantik, tapi kenapa lantai dia simen je?". Bantai gelaklah kitorang. Walhal, itu deco. Terangkanlah kat dia. Lepas tu, bila masuk panggung. Dia buat statement lagi. "Hmm....Tempat ni cantik Kak Iqah. Lampu dia pun cantik". Hahaha....Boleh tak budak 6 tahun keluar statement ala ala Eric Deco. Keskes..Anak contractor. Hehehehe.

Tengah menunggu nak masuk wayang.
Bila nak balik time Maghrib, Adeeb reverse kereta keluar parking boleh pulak terlanggar kereta kat belakang. Nasib baik takde pape. Cuma Kereta budak tu r kemek sket. Terbang lagi duit. Kepada Boboi Boy, nasib baik result superb. Kalau tak dah mintak claim dah. Hehehe.

After all, it was the most tiring day but the best Saturday I ever had, yet. Thanks to Kak Su and Kak Zaida bagi pinjam anak-anak masing. To Gemok and Boboi, best siblings ever. And the VERY BEST goes to Alea (always my girl), Alyf, Shafiq and Kak Long!!!!Woohooo!!!

Bye Y'all