Mood saya sungguh baik minggu ini. Tidak memerlukan alarm untuk bangun pagi. Hebatkan? Hehehehe...Punyalah excited nak pergi kerja. Keskeskes...Mentang-mentanglah UiTM tengah semester break. I LIKE sungguh.
So, pada Sabtu yang lepas, kami sedepartment telah melangsungkan HARI RANTAIAN KASIH dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara kami, bukan saja staff, malah dengan family. Apa benefit yang KPTM dapat? Dengan hubungan yang erat terjalin, dapatlah kami bekerja dengan lebih sempurna, menyumbang ke arah lebih ramai students yang grad on time. Boleh tak orang bawah tak kasi bas semata-mata dia kata TAKDE BENEFIT YANG KPTM AKAN DAPAT dari aktiviti yang kami jalankan. Tak faham sungguh. Kalau ada staff yang kahwin, laju je notis bas naik. Aduyai. Tapi, walaupun tiada bas, kami berjaya sampai juga di LEMBAH AZWEN.
Bermula seawal pukul 8 pagi, kami sudah mula berkumpul. Lembah Azwen ni, dekat Ulu Langat. On the way ke Sg. Congkak. Akan jumpa Lembah Azwen dulu. It was beautiful. Makanan pun sedap. Hehehe.
Bacaan Doa |
Yang paling seronok, semua sangat sporting. Semangat kesukanan yang sangat-sangat jitu. Itu pun tak semua staf yang pergi. Selepas breakfast, kami mulakan strecthing. Apa lagi, POCO-POCO and CHICKEN DANCE arr..
Poco-Poco yang pakai lebur..hehehe.. |
Lepas itu baru we all start dengan permainan anak-anak dulu, sementara menanti instructor untuk bersiap-sedia. Instructors pun sangat sporting.
Game untuk kids, we named it as JEJAK KASIHAN where the kids will look for the mommy with blindfolded based on the voice of their mommies. Yang menang adalah anak Kak Liza, Iman. Bulu mata tak tahan. Hehehe...Sungguh mengingatkan saya dengan Syafiq.
Iman |
Then, game kami bermula. So, we start with ISI AIR DALAM BOTOL DENGAN SUDU TUPPERWARE. Lupa nak bagitahu, grouping was based on colours. MERAH, BIRU, HIJAU and KUNING. Saya rumah MERAH. Dari sekolah rendah, rumah merah. ngee~!1st game ni kami MENANG. Menang bergaya.
Aqilah sabotaj group dengan cubaan mengambil sudu |
2nd game adalah tiup belon, tiup tepung and ambil sweet pakai mulut. Ya Allah. Tepung selambak kut. Puas saya tiup, tak nak juga kurang. Aduyai. Sampai Kak Lini terpaksa gaulkan tepung sebab semua orang dah balik ke tempat masing-masing. Nasib baik tak semput. Kitorang MENANG jugak tapi ada bantahan sebab KAK LONG merangkap cikgu rumah BIRU nampak kami pakai tangan. Kena potong 2 MARKAH. Ahahahahaha.
Habis masuk tepung dalam mulut... huhuhu |
Then, kami main TEROMPAH GERGASI. Punyalah rumah MERAH tak terer, sampai instructor kata "Ni nak ngaku kalah terus ke nak lawan jugak?" Amboi mulut...punyalah takde insurance. Keskeskes..Tapi, agak arr...Memang tak terer langsung. Yang menang adalah BIRU.
Kak Long memberi strategi untuk BIRU |
Lepas tu, kami main MIXnMATCH. Permainan yang kununnya MENCABAR MINDA. Game yang ni tak berapa nak best sangat. Tapi, layan je. Kiranya yang paling PANDAI adalah ahli group KUNING.
Ahli KUNING yang BIJAK |
Lepas penat perah otak, kami main MUSICAL CHAIR pulak. Arfa, anak Barizah terer juga main sampai MAJDIE kata, "dah tak boleh bagi peluang dah kat Arfa". Hehehe...Tapi yang paling ganas adalah anak Kak Long yang paling kecik. Can't remember her name. SORRY.
Kak Aiza and Anis yang kecundang di tengah lagu |
Last game yang we all main adalah TARIK TALI. Rumah mana yang menang? MERAH!!!!!!Thanks to Fakhrul for being a great ANCHOR. Tak lupa juga pada En. BAHA yang sampai BUKA KASUT. Paling hebat, KAK SITI MAHANI arr..hehehe..
Bukti En Baha buka kasut baru beli |
WAJAH-WAJAH RIANG
Handsome Boy, ALI |
Aqilah dengan TEPUNG |
Adam yang SANGAT suka bergambar |
Roti Canai ada, Roti Sardin ada, Roti Pisand ada. SEMUA ADA. |
Nu Yen |
PROJECT MANAGER : CUNA |
Ila yang RIANG |
Overall, we really overjoyed ourselves. Rumah mana yang MENANG KESELURUHAN? MERAH!!!!!!
Thanks to CUNA for organizing such a WONDERFUL day and all ACCOUNTING DEPARTMENT with our DEAN, KAK SITI MAHANI, who were being so much supportive, cooperative and cheerful. Well, we are beyond figures. Looking forward to have NEXT department outing.
ONE BIG HAPPY FAMILY |
Bye y'all.