Thursday, 28 April 2011

Hari Jumaat Sudah...

Salam and afternoon all,

Hari ni dah Jumaat eh? Ish..lagi mau tanya. Saje je tanya, nak kepastian. Gatal. Bukan gatal lah. Habis tu?? Sebab Sabtu nak pergi Penang dengan Si Gemok and Alea. Ceh, tak ajak pun. Macam mana nak ajak, kereta penuh. Kereta penuh? Kereta apa? Kereta sorong. Wah...Kelakarnya keti saya.

Apakah????

Hahaha...By the way, we will be off to north tomorrow. Penang!!!! Yeay!!! Can't wait for tomorrow. Kepada sesiapa yang takde tiket nak balik kampung, meh lah tumpang saya. Tapi sampai tepi hiway je lah ye...^o^

Sedang melayan lagu-lagu Train, teringat pulak list LAGU KAHWIN. Lagu-lagu yang akan dimainkan ketika wedding (well, so far belum lagi jadi lagu kahwin). This is my TOP 3.


  • I Do (Cherish You) - 98 Degrees
          Lagu ni adalah ketika saya masih sekolah. Zaman-zaman boyband tengah famous. Bila Nick kata nak kahwin dengan Jessica Simpson, kecewa jugak lah. V_V
  • Tercipta Untukku - Ungu
          Yang ni I think all time favorite most of the people. Memang sweet. If ada guy yang nyanyi this song to a girl, asking her hand to marry, the answer definitely YES!!! (bila tuh???).

  • Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya
          Ni lagu favorite karok saya. Wording yang sangat menusuk kalbu. But this one is appropriate for a girl to sing for a guy. Kalau lelaki yang nyanyi pulak, rasa macam gay. Err..

Harapnya, esok jalan tidaklah jam. Dengarnya ramai orang yang bercuti. Kalau ikutkan, last time public holiday adalah ketika raya cina. So, rasanya ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang this weekend.

So, to all, ENJOY your weekend ye. Have a blasting holiday. ^O^

Take care all,
Bye y'all

Tuesday, 26 April 2011

A theory behind traffic jam....

Salam and Happy Wednesday,

Wah...Title tak boleh blah. A theory behind traffic jam. Macam A theory behind conspiracy of JFK murder. Ahaha...takde kena mengena.

Anyways, this theory was told by a friend of mine from a friend of mine. Haha..Actually, sejak dua minggu kebelakangan ini, traffic jam semakin berkurangan. Kepada pengguna MRR2 pasti akan bersetuju, especially to those who are travelling back and forth Gombak and Cheras. Kalau dulu saya keluar pukul 7, sampai ofis dalam pukul 7.50, tapi sekarang kadang-kadang 7.30 saya dah sampai. Kalau jam pun dkt flyover ke Dato' Keramat. Tu pun sebab bottleneck dari Duke, Keramat and MRR2 itself. The theory was said that kereta kebanyakan sudah kena tarik. Sebab dah tiga bulan tak bayar. Mana taknya, waktu raya Cina, banyak kereta baru yang keluar. Dah habis raya, apalagi, jenuh gak lah nak membayarnya.

Memang agak lucu sebenarnya apabila theory ini diutarakan. Tapi, bila fikir balik, ada juga betulnya. Sebab, it seems like a culture to have everything new. Tak kesahlah raya apapun. Balik kampung, nak show off kat orang kampung, "Saya dah berjaya duk KL". But, this is just merely from my observation. Kalau tengok drama ke iklan ke, orang sebelah beli furniture baru, kita pun sibuk nak sama. Ada my student cerita, dekat kampung dia, wedding dah macam upacara tunjuk kekayaan. Bayangkan, goody bag dapat perfume, ada kain baju. WHAT??? Macam mana lah nak kahwin. Tolonglah ye ibu-ibu, bapa-bapa sekalian, anak-anak habis belajar, dapat kerja, baru nak belajar macam mana nak utilize CASH, not how to utilize DEBTS. Itu yang sampai anak 3, hutang kahwin tak habis bayar lagi.

Waduh...terserius plak.

Semalam, habis sudah exam FAR250. Baru lega sikit students dah habis exam. Harapnya, semua akan lulus dengan cemerlang. Nanti habis exam, kena ingat. Cuti tak lama. Memang takkan sempat nak freeze otak dekat rumah. To those who are graduating, semoga anda semua akan meneruskan pengajian, walaupun ada kedengaran yang akan berkahwin setelah tamat Diploma (adakah??uwaa~tercabar saya).

Oklah...chill ya.
Bye y'all.

Sunday, 24 April 2011

Already missing them...VoV

Salam and noon everyone,

Well, Alhamdulillah perut kesayangan saya semakin better. Bolehlah lepas ni saya nak makan .... (list panjang dah ni).

Anyway, semalam (24th April) adalah hari yang sangat 3000x menyeronokkan. Serangan mantap ke atas Sg. Congkak. Yeay!! Walaupun pada mulanya rase cam nak marah Anas kerana memilih port yang paling atas (mana taknye, ladies duk angkut durian and tembikai yg berkilo tuh) BUT it was worth walking all the way up and down the road.

It was the most memorable moment I ever had since being a lecturer. Rase sedey jugak bila ingat some of them will be flying off. But, after all, it is for their own betterment.

Yang antara gadis-gadis yang menjadi pujaan hatiku. Kalau cakap pasal Korea, bagilah kat diorang. Komen kat facebook pun boleh cakap Korea. ^o^


These are the guys yang berjaya hidup dikalangan gadis-gadis. Calon-calon menantu pilihan nih...mujur takde anak perempuan lagi. ^o^

Inilah penyumbang-penyumbang kecemerlangan mereka bersama. Alamak, muka I takde pulak.

Anas : senyuman seindah suria...kalau senyumlah...peace
Faris : die hard fan barca..tapi aritu kalahkan dengan real madrid?
Amal : remy ishak jelmaan
Acap : suka sangat main psp...rasa mcm nak amik je psp tuh
Ezzah : kasut tumit tinggi warna putih yang paling tak boleh dilupakan..putihkan?
Zesh : suka pegang pembaris dalam kelas
Syaz : Faiz
Fare : tahi lalat pemanis muka
Ziha : suka tinggal barang merata
Nissa : artis dalam kelas
Isz & Buyah : yang ni kena sebut sekali. Ke mana saja kut berdua. Senyum je dalam kelas
Nik : paling ingat bag fossil dia...pinjam leh?
Sadiqa : Suka duduk sebelah Nissa. Pun suka senyum

Thank you ALL. Thanks so much for giving us the opportunities to get to know each of you. LOVE and already MISS ALL.

Love then,
Bye y'all

Friday, 22 April 2011

Perot ku seperti washing machine dry clean

Salam and evening all...

Sudah 2 hari perut saya seperti membuka kedai dobi. Memulas-mulas ya Rabbi. Huhu..
Petang tadi after balik kerja, peneman saya adalah toilet. Bak kata Sudin dalam cerita Seniman Bujang Lapok. Masuk kali ini sudah 20 kali aku ke tandas. Ini lun ada perasaan nak terci-xxx. Sakit giller! Bak kata mama, "eloklah tu...kurus sikit"...itupun kalau kurus.

Hari ni dari pagi rasa macam nak mengamok je. Mana taknya. Kelas cuma 5 orang je yang datang. Kalau tak suka saya pun, pergilah masuk kelas lain. Ini tak. Tak datang langsung de. Oh, lupa pulak nak bagitau. Student apa? Student CAT! Meow betullah diorang ni.

Pastu plak ade students nak datang consultation pukul 10. Kita pun datang pagi-pagi ni. Siapkan benda yang nak ajar kelas petang. Siap beli nasi lemak empat hengget lagi. Kununnya, x yah lunch. Alih-alih, 1110 baru datang. Pastu leh cakap, "miss tunggu eh?". WHAT??!! Then pukul 12 plak. Janji nak datang ni. Kul 1 baru sampai. Sorry r people. I memang tak leh tolerate dengan latecomers and tak menepati janji. Pantang. Masuk petang pulak, 310 naik, sorang je yang datang. Kena lagiah. Geram betul!

But anyways, today is my sister's birthday. We had a ittle celebration. Wishing you yang besh- besh je. Love you always!

Til then.. Nak gi toilet.
Bye y'all.

Thursday, 21 April 2011

FAR 250 APRIL 2011 exam questions

Salam and greet to all!!

Tick...Tock...Tick...Tock....

Sedar tak sedar, students dah start exam. Well, FAR 250 will be just around the corner. The problem is, we need to chase the clock. Tick..Tock..yet.

Anyway, exam will be held on Tuesday at 2.15 pm. Please check your venue. Ikut kelas yang register dengan UiTM. Please ye...PLEASE..properly attire. Well, my bless will be yours.

Soalan-seoalan yang akan keluar adalah:

  • ISSUANCE
          Kena ingat ye. This is topic yang students leh score. Most of the students might find problem nak transfer journal ke ledger. Lepas tu, konfius yang mana unit, yang mana total value when the PAR VALUE is not equal to RM1. On top of that, bila nak write-off discount. Kalau discount on share, tak kesahlah, ordinary share ke preference share ke, mesti dekat share premium UNLESS question stated otherwise. BUT untuk debentures, write-off against the comprehensive income. Oh ye...theory questions. Students selalu tak jawab. Alasan, lupa, tak baca. Bear in mind, theory questions give you solid mark.
  • REDEMPTION
          Redemption pulak terbalik daripada issuance. However, this question comes in package. Redeem + Issuance + Disposal + Buyback. CRR jangan lupa. Redeem and buyback (retirement method) both ada CRR. Ingat fungsi CRR. Untuk buyback tengok method apa dia minta. Another topic students leh score.

  • FRS
          Yang ni pun sama. Students tak tahu sebenarnya soalan tu berkaitan dengan revenue recognition ke, events after balance sheet ke, or inventory. The most important part for this question is how you answer the question itself. Kalau revenue recognition macam mana. Kalau events after balance sheet nak jawab macam mana. Pastu journal. Susah lah nak kata kalau students tak tahu nak past journal camne. Huhu.

  • PUBLISHED
          Students suka sangat time consumed kat soalan ni. Time allocation is crucial. Yang selalunya problem adalah TAK HAFAL FORMAT. Please ye...anda semua dah semester 4 and above. Takkanlah tak ingat langsung. Aduyai. Kalau dah blank sangat, gi toilet. Kalau rasa susah sangat adjustments, transfer je figures without adjustments. Jangan tak jawab langsung. Weightage dia berat.

  •  CASH FLOW
           This question, students may score full marks. Make sure method required. Beza antara these methods cuma dekat OPERATING ACTIVITIES. So, kalau INDIRECT, starts dengan NET PROFIT BEFORE TAX. DIRECT pulak starts dengan CASH RECEIVED FORM CUSTOMERS. Concept die sama macam incomplete records. Cuma this time, it would be BANK yang kita cari.

Yang penting, jangan lupa doa lebih2. Harapnya semua LULUS dengan CEMERLANG. Ni pun tengah tunggu students datang buat consultation. Beriya janji pukul 10, ni dah pukul 1030 tak datang juga. Pastu claim cari lecturer, lecturer asyik takde...HUHU...

Ok, people. All my blessing will be with you. Others, you decide.

Till then.
Bye y'all.

Wednesday, 20 April 2011

Hari ini hari Khamis

Salam and have a wonderful day!

Hari ini dah hari Khamis. Esok dah hari Jumaat. Lusa dah hari Sabtu. Tulat dah hari Ahad. Hahaha...

Hari ini saya ada kelas bersama dengan students CAT. Yang confirm datang, just half. Bayangkan out of 24, half je yang datang. Susahlah nak cakap. Melayu. Bila cakap macam tu, orang Melayu akan kata, kau tak sedar dek untung. Dah jadi Melayu pun still nak kutuk Melayu.

Yes, memang jadi Melayu di bumi bertuah ni, memang banyak privileges. Sebabkan terlalu banyak these privileges membuatkan bangsa Melayu lupa. Bayangkan anak-anak KPTM, especially to my beloved CAT students, diorang ni dibayar untuk datang belajar. Setiap bulan diorang akan dapat RM600 untuk menghadirkan diri ke kelas. Yet, yang timbul cuma 12. Kadang-kadang 10. Kalau kelas pukul 8, lagilah. Alasannya, diorang leh study kat rumah. Exam konfem cemerlang. Who claimed that you can succeed without attending classes? Memanglah proven cases cam Bill Gates, Mark Zuckerberg, school dropouts. But they are rare cases kut. RARE!

Cuba tengok yang berjaya melalui education. Berapa banyak. Bak kata Usop Wilcha, itulah gunanya education. Haih, mengeluh panjang saya. Inilah anak bangsa yang akan mencorakkan masa depan Malaysia. Geram rasanya. Entahlah.

But, my favorite all-time CAT students are Ezzah, Faris, Zesh, Nik, Amal, Anas, Fare, Nazihah, Nissa, Acap, Khairul, Syaz, Faiz (kena sebut sebelah sebelah...weee~!bak kata ezzah), Isz, Buyah, Nik, Zainol, Kak Ain, Akma, Nabil and Dilla. Some of them will be flying this July. Gonna miss y'all! Above all, can't wait to have picnic with these students this Sunday. Sg. Congkak! Here we come!

Till then,
Bye y'all!

Tuesday, 19 April 2011

Perjalanan Ke Tempat Kerja

Salam and good day y'all!

Well, today's journey ke tempat mencari rezeki sememangnya agak mencabar. Mana tidaknya, tengah agak laju, tetiba kereta kat depan brek mengejut. Berasap-asap hah. Siap a little skidded. Nasib baiklah kereta saya a bit distance dengan kereta depan. Terus naik darah kat kepala. Rupanya depan jammed up. Punyalah bersabar dengan kereta bumper to bumper, rupanya van terbalik langgar tiang lampu. This accident happened at the same spot dengan last Monday. Nak kata kawasan tu selalu accident tak pulak. Sepanjang 3 tahun berulang-alik lalu jalan yang sama, lately ni je yang selalu accident. Lupa pulak nak bagitahu dekat mana. MRR2 lepas Taman Melati, immediate after susur ke Setapak. Yes, that corner, depan SMK Wangsa Melewati. Lepas ni, saya nak lebih berhati-berhati. Tak nak dah speed up pagi-pagi (tapi, kaki saya yang tekan minyak).

Pagi ni, turun-turun je dari bilik, mama cakap "kak, dekat MHI, ada caller panggil, dia cakap (quote, unquote) anak saya makan nasi lemak, tu yang mengantuk dalam kelas tu, tak leh focus. Anak-anak mama waktu sekolah, hari-hari makan nasi lemak, jadi orang jugak". Hahaha...Yang ni saya memang setuju sangat dengan my mom. I bet nasi lemak kat sekolah sekarang ni tak selemak nasi lemak yang dulu. Even yang buat tak sihat, bukanlah lemak yang ada dalam nasi lemak tu, tapi chemical yang diorang letak dalam santan instant untuk jadikan dia tahan lama. Kalau diberi options beside nasi lemak, mee? takut ada acid boric. Meehun? kekadang tak cukup kembang, keras. So?

 VS.

Apapun, semua makanan macam ni pun tak boleh juga nak makan hari-hari. Bawa bekal je lah dari rumah. Jimat duit, makan sihat. Tapi, ibu-ibu laratkah anda untuk bangun pagi menyediakan sarapan? Siapa yang boleh tu memang tabik spring. Salute!!!

Alright all, nak sambung buat kerja pulak.
Bye y'all.



Monday, 18 April 2011

Nasi Lemak oh Nasi Lemak...

Salam and wonderful good morning...

Agak kelakar sebenarnya apabila salah satu cara kementerian menangani masalah obesity di kalangan budak-budak sekolah adalah dengan mengurangkan jualan nasi lemak di kantin sekolah. Yes, may be it is one way of doing so. But, to be fair, the burden should be on parents' shoulders. Kantin sekolah tak salah. In fact, nasi lemak adalah salah satu makanan yang seimbang. Kalau ikutkan, kementerian pun antara penyumbang juga ke arah peningkatan kadar obesity di kalangan budak-budak sekolah ni. Sebabnya, menu Rancangan Makanan Tambahan (zaman saya dia panggil ni, tapi tak tahu pulak zaman sekarang) antaranya adalah nasi lemak. Ke sekarang dah tukar?

Hmm...saya memang lah sangat kesian dekat budak-budak sekolah ni. Mana nak kejar exam. Mana nak kejar kurus. Waktu sekolah sepatutnya menjadi satu zaman tumbesaran di antara physical, mental and emotions. Memang kalau physical tu dah besar sangat, should be concerned. Tapi, apalah sangat makan nasi lemak ketika 20 minit rehat dengan 6 hours classes. Betul tak? Even time saya belajar dulu kat uni, belajar 2 jam, break sejam. Time break buat apa? Mengunyah. But towards the end, kesedaran untuk kurus tu akan datang juga eventually.

Cumanya, parents should be aware of their children weight. Tak perlu sampai nak disclose BMI dalam report card. Stress and painful kut budak-budak tu. Plus, kalau anak dah overweight, takkanlah parents tak perasan. Anak kut...Mesti perasan.

Teringat makcik kantin time sekolah dulu. Saya memang rapat dengan makcik kantin Sekolah Rendah Agama Selayang Baru. Sebabnya, sekolah belum buka, saya dah sampai (Ayah kerja KL, traffic jam). So, tumpang manja dekat makcik kantin. Kadang-kadang dapat makan free. Hehehe...Comellah katakan...Tetiba datang rindu pulak kat makcik. Kalaulah ada kesempatan, nak juga cari makcik. Huhu..Terima kasih ye makcik. I was well fed back then. Hehe..

Kantin sekolah tak dapat lah nasi lemak macam nikan...

Oklah..till then.
Bye y'all

Err...BOOOring

Well, greet again.

Actually, tengah bosan gak ni. Tapi, dalam kebosanan, sempatlah saya menyiapkan barang sekerja dua. Ada jugalah students yang buat consultation nak exam. Yang jenis macam ni, memang saya doa A+, but again, it's up to them to decide. Betul tak?

Anyway, tengah bosan-bosan ni, teringat jugalah di hati yang sedang berbunga-bunga nak ke Penang end of this month. Holiday mood. Hehehe..Memang cam selalu pergi Penang coz kampung Ayah di Perak. But this time, pergi berdua dengan GEMOK and will be staying at Feringghi. Yang best, tepi pantai (budak-budak la plak). Kenangan yang paling tak boleh dilupakan kalau pergi Penang adalah di kenangan di Chowrasta. Tengah tunggu Pakcik goreng mee. Sedap jugalah. Tapi hamster, tok sah cakap. Penambah perisa. Hehehe. Pakcik ni siap keluar TV3 tu. Untuk siaran AM max. Glamer kan? Takde plak gambar Penang kat sini. Tapi meh saya share sweet memories berjalan-jalan.
Yang ni waktu 1st time holiday together. Kitorang pergi Langkawi. Gambar ni waktu visit Underwater World.

Pantai Chenang. Memang peaceful. Cantik. Nak pergi lagi!!!

Ini gambar Mama saya waktu kami bercuti di Kenyir. Makcik, jauhnya termenung. Tengah pikir calon menantu ke?

Ini boat cikgu-cikgu naik pergi camping @ Kenyir. 


Kat Melaka. Waktu ni pergi time Mama and Ayah pergi Haji. Jalan-jalan dengan Cik Ah and Cik Jam.


Tapi yang ni so far, the BEST. Universal Studio, Singapore. Wish of going AGAIN some other time. Cepatlah kaya....huhu...

Alamak! Dah 4:15. Hari ni balik nak tengok Hodong, 2 Days 1 Night. Err...Badminton?

Bye y'all!!!


Sunday, 17 April 2011

Budak Sekolah

Salam and very blissful morning (Monday though)...

Teringat berita semalam. Even paper hari ni pun sure cakap benda yang sama. BUDAK SEKOLAH. Ada apa dengan budak sekolah?

Seingat dululah...Time pergi sekolah was among the most enjoyed moment. Tapi sekarang, seawal darjah satu budak-budak ni dah dihantar ke tuition. Takut anak ketinggalan. Ibu bapa pula seawal tadika berlumba-lumba nak hantar anak kat tadika yang paling mahal (boleh show off lagi). Kononnya, anak pandai. Kumon lah, smart reader lah. Even tadika biasa pun nak juga 2 3 ratus. Menangis kut poket. Semua demi anak.

Ni tambah lagi. BMI will be included dalam report card. Lepas ni, menangis air mata darah lah nampaknya poket parents. Apa rationalnya BMI ni dalam report card? Alright, from the positive part, yes, untuk kurangkan obesity dikalangan rakyat Malaysia yang semakin meningkat. I admit, I am obese. But, so long we are healthy, I don't see any harm of it. Ada juga yang kurus tapi cholesterol tinggi juga. Belum diabetes lagi. Huhu.

Negative part? I think boleh demotivated kut budak-budak ni. Datang sekolah untuk belajar. Dahlah periksa memang kena dapat nombor satu, pastu kena kurus plak pergi sekolah. Alih-alih, suicide rate pulak meningkat. Memang tidak dapat dinafikan everything has a catch. Has a risk. Tapi, again, BUDAK SEKOLAH kut. Aduyai...Pity them all (including parents)..

Kak Long sekarang ni dah darjah 4. Memang still kurus lagi. Pandai memang pandai. Mak cikgulah katakan. Tapi tak bermakna dia takkan stress kan?


Yang ni memang buah hati saya. Alea. Nak kata tak pandai, pandai. Cuma malas sikit. Aih...Nak push lebih-lebih, kesian plak (dilemma)

Yang lelaki ni Alyf adik Alea sememangnya bijak TAPI nakal.

Well, That's all for now.
Bye y'all!